Rabu, 13 Februari 2013

warkah untuk bakal isteriku



aku ni seorang insan biasa..
tiada yang sempurna..
aku cuma mengharapakn agar kau menerimaku dengan penuh ikhlas
semua kelemahanku
kau tutupilah dengan kelebihanmu..

andai kau ikhlas denganku..
maka buktikanlah dengan kasih sucimu
yang tak pernah kau berikan pada mane2 lelaki..
aku paham..bukan senang untuk menjaga sekuntum bunga
agar tidak layu..
namun ku jua paham,untuk memetiknya haruslah aku meminta izin kepada penjaganya
dahulu..

namun aku tidak kisah jika itu kemahuanmu..
jika benar kau mencintaiku..
cintailah aku dengan sepenuh hatimu..
bukan mencintai hartaku,pangkatku,penampilan ku..
tapi cintailah aku kerana-NYA..

sanggupkah dikau wahai sayangku..


bukan maksudku untuk pergi meninggalkan dirimu…
aku Cuma pinta masa…
bukan perpisahan seperti yang kau bayangkan..
aku ikhlas merasai kehadiran mu…
ingin ku bisikan pada mu…
AKU MENYAYANGIMU…

Jumaat, 11 Januari 2013

shae sayangg



Selamat Tahun Baru 2013




Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua pembaca blog ini, semua follower blog, rakan-rakan blogger yang sering memberi support, rakan-rakan, dan semua saudara mara, juga adik beradik serta kedua ibu bapa tersayang.
Azam aku untuk Tahun Baru 2013 ni adalah masih lagi dengan azam lama yang tak setel-setel lagi. Haha. In shaa Allah, tahun 2013 ni akan aku cuba sedaya upaya buat yang terbaik untuk tunaikan azam-azam lepas.
Semoga tahun baru 2013 ni akan memberi lebih banyak kebahagiaan dan kejayaan untuk kita semua, keluarga kita dan anak-anak. All the bestSelamat Tahun Baru 2013!

Sabtu, 29 Disember 2012

P.E.R.E.M.P.UA.N


Perempuan bukan spt tayar.. Rosak CEPAT CEPAT ganti baru...

Perempuan bukan spt stereng.. Semua org boleh pegang2 pusing2.. Siap brTukar tgn...

Perempuan bkn seperti radio.. Sekadar hobi untuk di dgr atau boring2 bru nk bukak...

Perempuan bukan spt viper... Mse hujan baru nk switch on... Pau duit die sampai kering lps tu blah..!! Utk kpentingan diri..

Perempuan bkn spt signal.. Nak belok baru turn on.. TIME NAK BERJIMAK BARU NAK BEBAIK... ibarat Dah jmpe jln yg btul.. signal kemana ape ke mne...

Perempuan bkn spt minyak hitam.. Dah pekat.. Jalan jauh.. Service then buang...

TAPI PEREMPUAN ADALAH BUMBUNG.. Yang senantiasa menjadi pelindung kpd hujan dan panas... Sggup mnahan dirinya spt LILIN demi suami & anak2 dan keluarga...

Blasah je aku reka ayat camni.. Muahahaha.

Khamis, 27 Disember 2012

Utk Yang Bersedih


Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.


Wahai jiwa yang sedang layu…Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.Untukmu yang sedang luka..Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.Hai pemilik hati yang patah..“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!Kawanku yang dicintai Allah..Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur

Pilihan & Kesempatan

Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik,maka itu BUKAN PILIHAN,tapi itu adalah KESEMPATAN.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut dengan segala kekurangannya,
maka itu BUKAN KESEMPATAN,tapi itu adalah PILIHAN.

Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi,
bahkan di saat kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai,lebih kaya daripada pasangan kita,dan tetap memilih untuk mencintainya, maka itu BUKAN KESEMPATAN,tapi itu adalah PILIHAN.
Perasaan cinta, simpati,dan tertarik datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup,
tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Allah dan manusia adalah PILIHAN.
Mungkin KESEMPATAN mempertemukan kita dengan pasangan jiwa,
tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa adalah PILIHAN yang harus kita pertanggungjawabkan dihadapan Allah Swt..
Kita berada didunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang belum sempurna agar keberadaan kita mampu menyempurnakan ketidaksempurnaanya.
Mari kita BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang belum sempurna dengan cara yang sempurna,
kerana tulang rusuk kita adalah pasangan kita, belahan jiwa kita agar kita pun menjadi insan yg sempurna di hadapan Allah.

Takdir yang mempertemukan dengan pasangan kita dan rancangan yang indahpun telah disiapkan oleh-Nya..