Ahad, 11 Disember 2011

lelaki benci perempuan menangis


Lelaki benci + menyampah + meluat tengok perempuan menangis ? Yeke.. ? Kalau nak cakap benci pun..agak agak laa tengok la keadaan samaada perempuan tu menangis kegedikkan atau nangis kesedihan. Tak baik benci benci perempuan menangis, sebab dengan cara tu je la perempuan ni dapat luah perasaan diorang yang terpendam tu..
Perempuan ni, bukan suka suka nak menangis. Kalau korang nak tau, perempuan yang menangis ni ada dua jenis.
Yang pertama, perempuan yang suka menangis tak kira waktu dan situasi. Benda simple dan hal kecik pun dia boleh merengek dan menangis. Yang kedua, perempuan yang menangis bila hati dia betul betul tersentuh dengan sesebuah perkara tu. Kalau sekental dan sekuat mana hati perempuan tu…dia akan menangis jua.
Rugilah lelaki kalau dia dapat perempuan yang jenis first tu. Awek menangis tak kira tempat, buat kerja susah sikit nak menangis. Kena sakat sikit dah menangis. Aku tau , lelaki mana yang tak rasa semak kepala otak layan perempuan macam ni kan ? Nasib korang lah..sebab setahu aku, perempuan yang suka menangis tak kira situasi ni jenis perempuan yang fragile, gedik, suka ambil perhatian, tak suka kenal erti kepayahan.
Untunglah lelaki yang dapat perempuan jenis kedua tu. Tahu menangis ikut situasi. Selagi perempuan tu tahu handle sesebuah perkara tu…selagi dia kental dan semangat dia masih kuat, dia takkan menangis punya. Tapi, air matanya tetap akan jatuh bila dia betul betul tak tahan dan perlukan seseorang untuk berkongsi perasaan..
Aku pernah dengar lelaki cakap macam ni ..
"Eh, aku menyampah betul tengok perempuan nangis nangis ni".
Siyesly, sebagai lelaki…apa perasaan korang bila tengok perempuan menangis ? Korang rasa benci ke, nyampah ke, meluat ke ?
And kalau korang pulak, sebagai seorang perempuan…bila lelaki cakap macam ayat kat atas tu..apa perasaan korang?

jenis-jenis isteri


Secara umumnya para isteri boleh di bahagikan kepada 4 spesis, dalam konteks keperluan kewangan:
1. Spesis Isteri Mithali. Dia menunggu dengan sabar suami dia beri duit. Kalau bernasib baik, dia dapat suami yang tahu bila dan banyak mana patut ‘top up’. Kalau tidak, tak berasaplah dapur.
2. Spesis MBM (Mahu Baru Minta). Yang ni berani menuntut hak dia. Dia akan minta bila nak guna duit. Kalau tak dapat .. dia boleh jadi sawan sekejap.
3. Spesis Berdikari. Dia tak minta duit suami – dia ada pendapatan sendiri. Kadang-kadang lagi besar dari pendapatan suami. Malah kadang-kadang dia yang support suami dia. Spesis ni saya percaya semua suami yang waras tentu suka.
4. Spesis Layan Diri. Bila nak pakai duit, dia ambil sendiri banyak mana dia hendak dari beg duit suami dia. Kadang-kadang bila suami nak bayar surat khabar, baru sedar duit dah kena ambil oleh isteri.

jenis-jenis bos

Boss boleh dikategorikan kepada empat spesis iaitu; Bos Yang Teruk; Bos Yang Elok; Bos Yang Cemerlang; dan Bos Yang Malang.
1. Bos Yang Teruk.
Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi bos, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab “tak kan itu pun nak tanya saya”. Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya ..!
2. Bos Yang Elok.
Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.
3. Bos Yang Cemerlang.
Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa di arah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai”.
4. Bos Yang Malang.
Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh di harap. Kalau orang bawah tanya, dia terus nangis. Kesian dia !
Soalan ?
A. Apakah spesis boss anda ?
B. Kalau anda adalah boss, apakah spesis yang rasanya sesuai untuk anda?

5 PERSOALAN SEKITAR ISU CINTA DAN PERKAHWINAN




Apakah hukum bercinta mengikut (ulama') islam?

Isu ini menjadi sangat popular beberapa tahun kebelakangan ini, saya pun sebelum ini keliru kerana terlalu banyak pendapat (sebahagian besarnya tidak disandarkan kepada ulama). Ketahuilah, haram hukumnya mengistinbad (keluarkan) hukum daripada mana-mana hadis/ayat al-quran melainkan mereka yang bergelar ulama’ mujtahid. Ulama-ulama jadi-jadian yang berfatwa sebelum layak untuk berfatwa akan menyesatkan umat, hukum mereka keluarkan fatwa adalah HARAM walaupun fatwa mereka tepat.

Berkaitan dengan isu ini saya tertarik dengan pendapat yang diutarakan oleh Ibnu Hazm yang merupakan seorang mujtahid, faqih dan ahli sastera, beliau menghuraikan permasalahan ini di dalam kitabnya “ tauqul hamamah”, beliau telah mengatakan, Islam tidak pernah menghalang cinta, syariah tidak mengharamkan cinta kerana cinta adalah urusan hati dan hati adalah urusan Allah.

Cinta merupakan fitrah yang dicipta oleh Allah untuk kebahagian hamba-hambanya. Oleh yang demikian, cinta bukanlah sesuatu perkara yang dilarang oleh Islam, tapi perkara yang dikawal oleh Islam. Setiap perkara yang boleh mendekatkan diri seseorang kepada penzinaan, diharamkan oleh Allah. Firman Allah:

“ Dan janganlah kamu dekati zina”
2. Apakah hukum wali mujbir bapa @ dato' memaksa nak perempuan berkahwin? 
Secara mudahnya anak perempuan dibahagikan kepada dua kelompok:


Anak dara

Jumhur ulama’ melarang wali mujbir memaksa anak perempuan berkahwin, seandainya dipaksa maka anak perempuan boleh membuat pilihan sama ada hendak menolak atau meneruskannya, ini berdasarkan sebuah hadis mafhumnya: “

“ Daripada Ibn Abbas, seorang gadis dara datang kepada Nabi memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka, maka Nabi memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani)”.

Namun begitu, dalam mazhab syafie wali mujbir boleh memaksa anak dara berkahwin dalam mengomentari pendapat dalam mazhab syafie ini Profesor Yusuf Qaradawi telah berkata: ““Siapa tahu, jika al-Syafii hidup di zaman kita dan melihat kemajuan pengetahuan dan ilmu yang dicapai oleh anak gadis hari ini, sehingga mereka mampu menilai lelaki yang datang meminang mereka, atau jika mereka kahwin tanpa kerelaan akan menyebabkan kehidupan rumah tangga menjadi neraka, barangkali jika al-Syafii melihat hal ini dia akan mengubah pendapatnya seperti mana dia telah mengubah banyak pendapatnya.” (al-Qaradawi, Al-Fatawa al- Mu‘asarah, 337-338, Beirut: Dar Ulil al-Nuha).



Janda

Ijma’ ulama’ melarang wali mujbir memaksa anak perempuan kahwin.


3. Apakah hukum ibu bapa melarang anak berkahwin?
Ijma’ ulama mengharamkan ibu bapa melarang anak-anaknya berkahwin berdasarkan firman Allah:

“ Janganlah para wali menghalang mereka (perempuan-perempuan) berkahwin dengan bakal suami mereka “

Surah Al-baqarah ayat: 232

Dalam mazhab syafie ibu bapa hanya boleh melarang anak dara berkahwin seandainya mempunyai calon yang lebih baik daripada calon yang dipilih oleh anaknya.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan khitbah/tunang? 
"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.

5. Hukum melihat wanita ketika bertunang
Seorang lelaki boleh melihat bakal tunangnya sama ada disedari atau tidak disedari, sama ada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan wanita tersebut.

Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya".