Jumaat, 30 November 2012





Menusuk kalbu lagu2 nie.....

Kelebihan Al-Ma'thurat



Assalamualaikum.
Setiap sesuatu yang diturunkan dan diperintahkan kepada kita dari Allah s.w.t pasti ada kelebihannya tersendiri, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Al Mathurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari. 

Diantara kelebihan mengamalkan zikir Al-Ma'thurat ini ialah : 

1. Tidak dihampiri syaitan
 
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
 
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
 
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
 
5. Selamat dari segala sesuatu.
 
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
 
7. Allah berhak untuk meredhainya
 
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
 
9. Terhindar daripada syirik.
 
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
 
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
 
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
 
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
 
14. Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Seperti mana firman Allah s.w.t  dalam Al-Quranul Karim:

يَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّداً وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ

MaksudnyaSesungguhnya orang yang benar-benar percaya pada ayat-ayat kami adalah apabila mereka diingatkan dengan ayat-ayat itu, mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah berlaku sombong (Surah As-Sajdah ayat 15)

idea hilang apa ubatnya


Assalamualaikum.
Idea merupakan salah satu perkara penting dalam berblog. Apabila kita tidak ada idea maka entri tidak dapat dihasilkan. Perkara ini merupakan salah satu penyebab kepada kematian blog. 

Blog mati adalah blog yang dibiarkan tanpa berupdate, macam blog ini. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengaktifkan otak untuk mengeluarkan idea. Otak juga seperti satu litar elektrik yang sempurna iaitu memerlukan input untuk mendapatkan output. 

Jika kita tidak memberi input kepada otak maka otak tidak dapat menghasilkan output. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan input ini dan salah satunya ialah dengan membaca. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan input. 

Seperti satu litar, otak memerlukan bateri, perintang, diod dan lain-lain untuk berfungsi dengan baik dan teratur. Otak pula memerlukan senaman, makanan dan minuman yang baik untuk berfungsi dengan baik. Tidur yang cukup juga memberi salah satu faktor penting kepada kesihatan otak. 

Kadang-kadang idea itu datang dan pergi seperti angin yang tidak beraturan. Jadi perkara yang paling penting untuk menyimpan idea ini adalah dengan mencatitnya dengan cara yang mudah. Contohnya pada telefon bimbit, memang tidak logik jika dikatakan seseorang itu tidak mempunyai telefon bimbit pada zaman sekarang. 

Akhir sekali, perkara yang paling penting untuk mendapatkan idea ialah usaha, tanpa usaha tidak ada satu perkara pun dapat dicapai

my bibah kemalangan



kesian kt my bibah aku...seidh jgk aku tgk cik bibah aku nie.....ermmm ape leh buat dah nasib....

Adakah anda sombong


Assalamualaikum.
Sombong merupakan salah satu  sikap negatif yang tidak disukai oleh orang lain. Kadang-kadang kita tidak merasakan diri kita sombong walaupun ramai yang menyatakan kita ini seorang yang sombong. Definisi sombong oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadits:  “Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia” (Riwayat Muslim).

Sombong haram hukumnya dan termasuk dosa besar. Ayat diatas telah dengan tegas menjelaskannya.

Ibnu Katsir : ; mengatakan,; “Firman Allah s.w.t., "Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh” maksudnya janganlah kamu menjadi orang yang sombong, keras kepala, lagi berbuat semenamena. Jangan kamu lakukan semua itu yang menyebabkan Allah akan
murka kepadamu” (Tafsir Ibnu Katsir 3/417)


Langkah-langkah untuk mengenal pasti adanya penyakit ini ialah melalui pergaulan sesama manusia. Melalui pergaulan, akan dapat dikesan sifat sombong sama ada sombong yang keterlaluan, sederhana atau ringan.

Apakah tanda-tanda seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:

1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.

2. Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.

3. Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya. Manakala dengan orang bawahan atau lebih rendah kedudukannya, dia tidak suka bergaul atau bermesra, takut jatuh status atau darjat dirinya. Bahkan dengan orang yang sama level dengannya pun masih dipilih-pilih lagi. Yakni dia suka dengan orang yang mahu mendengar dan mentaati katakatanya. Mereka inilah saja yang dia boleh bermesra, duduk sama atau semajlis dengannya.

4. Memandang hina pada golongan bawahan.

5. Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

6. Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.

7. Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.

8. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.

9. Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Bahkan ditengking-tengking, diherdik, dikata-kata atau dihina-hina. Di belakangnya diumpatumpat.

10. Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.

11. Dia suka dihormati. Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk menghormati orang lain.

12. Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.

13. Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.

14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.

15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah serta membenci orang.


Senarai tanda-tanda, riak-riak atau sikap-sikap di atas sudah cukup jelas untuk kita dapat mengenali sifat sombong ini. Bila sudah dikenal pasti ertinya memudahkan kita mengatasi atau mencabut sifat keji in
i.

Cerita tentang perasaan


Assalamualaikum.
Lama sudah aku tak update blog aku nie..Maklumla bile terlalu sibuk dgn urusan..sampaikan tiada masa utk update semua benda-benda alah nie...hari nie aku ada cerita sedikit utk berkongsi dgn korang semua..cerita tentang perasaan...Bila diceritakan mengenai susahnya menghargai sesuatu ini memang sangat subjektif. Dari satu sudut yang berbeza ia boleh berkait dengan perasaan orang. Bak kata orang  "Dalam semua mainan di dunia. Orang memilih perasaan untuk bermain." 




 Kenapa kita suka bermain dengan perasaan ? Apakah ianya sesuatu yang menyeronokkan ker ?




Ya, ianya menyeronokkan jika kita berjaya bermain dengan perasaan orang lain tetapi apabila ianya terkena pada diri sendiri bermain dengan perasaan ini akan menjadi sesuatu yang sangat dibenci. Sudah pasti ramai yang akan membenci perkara yang tidak disukai berlaku pada diri sendiri, tetapi adakah perkara yang sama kita fikir apabila kita melakukannya pada orang lain. 




 

Menghargai perasaan orang yang ketika kita sayang atau suka akan menjadi lebih mudah berbanding dengan orang yang kita benci atau muak. Sama juga apabila kita hendak meminta pertolongan seseorang, pasti ianya sangat mudah apabila kita ditolong dengan mudah tanpa perlu memujuk dengan lama. 
  


Sekurang-kurangnya cuba ucapkan "terima kasih" kepada orang yang telah menolong kita kerana ianya adalah satu kata-kata yang boleh membuat seseorang itu merasa dihargai. Kadang-kadang memang orang yang menolong itu tidak akan berharap dengan ganjaran tetapi "terima kasih" merupakan salah satu ganjaran yang sangat mudah dilafaz dan sangat bernilai kepada yang mendengarnya.






Perasaan orang memang sesuatu yang sangat rumit kadang-kadang. Memang sangat susah untuk difahami, tetapi kita perlu berusaha memahainya walaupun sedikit. Salah satu sikap yang paling penting dalam perlu ada untuk saling menjaga perasaan masing-masing adalah sikap saling bertolak ansur. Sekiranya kita boleh bertolak ansur sudah pasti perasaan kedua belah pihak akan saling terjaga. Hidup kena adil jangan selalu pentingkan diri.