Jumaat, 30 November 2012

Cerita tentang perasaan


Assalamualaikum.
Lama sudah aku tak update blog aku nie..Maklumla bile terlalu sibuk dgn urusan..sampaikan tiada masa utk update semua benda-benda alah nie...hari nie aku ada cerita sedikit utk berkongsi dgn korang semua..cerita tentang perasaan...Bila diceritakan mengenai susahnya menghargai sesuatu ini memang sangat subjektif. Dari satu sudut yang berbeza ia boleh berkait dengan perasaan orang. Bak kata orang  "Dalam semua mainan di dunia. Orang memilih perasaan untuk bermain." 




 Kenapa kita suka bermain dengan perasaan ? Apakah ianya sesuatu yang menyeronokkan ker ?




Ya, ianya menyeronokkan jika kita berjaya bermain dengan perasaan orang lain tetapi apabila ianya terkena pada diri sendiri bermain dengan perasaan ini akan menjadi sesuatu yang sangat dibenci. Sudah pasti ramai yang akan membenci perkara yang tidak disukai berlaku pada diri sendiri, tetapi adakah perkara yang sama kita fikir apabila kita melakukannya pada orang lain. 




 

Menghargai perasaan orang yang ketika kita sayang atau suka akan menjadi lebih mudah berbanding dengan orang yang kita benci atau muak. Sama juga apabila kita hendak meminta pertolongan seseorang, pasti ianya sangat mudah apabila kita ditolong dengan mudah tanpa perlu memujuk dengan lama. 
  


Sekurang-kurangnya cuba ucapkan "terima kasih" kepada orang yang telah menolong kita kerana ianya adalah satu kata-kata yang boleh membuat seseorang itu merasa dihargai. Kadang-kadang memang orang yang menolong itu tidak akan berharap dengan ganjaran tetapi "terima kasih" merupakan salah satu ganjaran yang sangat mudah dilafaz dan sangat bernilai kepada yang mendengarnya.






Perasaan orang memang sesuatu yang sangat rumit kadang-kadang. Memang sangat susah untuk difahami, tetapi kita perlu berusaha memahainya walaupun sedikit. Salah satu sikap yang paling penting dalam perlu ada untuk saling menjaga perasaan masing-masing adalah sikap saling bertolak ansur. Sekiranya kita boleh bertolak ansur sudah pasti perasaan kedua belah pihak akan saling terjaga. Hidup kena adil jangan selalu pentingkan diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan