Ahad, 11 Disember 2011

lelaki benci perempuan menangis


Lelaki benci + menyampah + meluat tengok perempuan menangis ? Yeke.. ? Kalau nak cakap benci pun..agak agak laa tengok la keadaan samaada perempuan tu menangis kegedikkan atau nangis kesedihan. Tak baik benci benci perempuan menangis, sebab dengan cara tu je la perempuan ni dapat luah perasaan diorang yang terpendam tu..
Perempuan ni, bukan suka suka nak menangis. Kalau korang nak tau, perempuan yang menangis ni ada dua jenis.
Yang pertama, perempuan yang suka menangis tak kira waktu dan situasi. Benda simple dan hal kecik pun dia boleh merengek dan menangis. Yang kedua, perempuan yang menangis bila hati dia betul betul tersentuh dengan sesebuah perkara tu. Kalau sekental dan sekuat mana hati perempuan tu…dia akan menangis jua.
Rugilah lelaki kalau dia dapat perempuan yang jenis first tu. Awek menangis tak kira tempat, buat kerja susah sikit nak menangis. Kena sakat sikit dah menangis. Aku tau , lelaki mana yang tak rasa semak kepala otak layan perempuan macam ni kan ? Nasib korang lah..sebab setahu aku, perempuan yang suka menangis tak kira situasi ni jenis perempuan yang fragile, gedik, suka ambil perhatian, tak suka kenal erti kepayahan.
Untunglah lelaki yang dapat perempuan jenis kedua tu. Tahu menangis ikut situasi. Selagi perempuan tu tahu handle sesebuah perkara tu…selagi dia kental dan semangat dia masih kuat, dia takkan menangis punya. Tapi, air matanya tetap akan jatuh bila dia betul betul tak tahan dan perlukan seseorang untuk berkongsi perasaan..
Aku pernah dengar lelaki cakap macam ni ..
"Eh, aku menyampah betul tengok perempuan nangis nangis ni".
Siyesly, sebagai lelaki…apa perasaan korang bila tengok perempuan menangis ? Korang rasa benci ke, nyampah ke, meluat ke ?
And kalau korang pulak, sebagai seorang perempuan…bila lelaki cakap macam ayat kat atas tu..apa perasaan korang?

jenis-jenis isteri


Secara umumnya para isteri boleh di bahagikan kepada 4 spesis, dalam konteks keperluan kewangan:
1. Spesis Isteri Mithali. Dia menunggu dengan sabar suami dia beri duit. Kalau bernasib baik, dia dapat suami yang tahu bila dan banyak mana patut ‘top up’. Kalau tidak, tak berasaplah dapur.
2. Spesis MBM (Mahu Baru Minta). Yang ni berani menuntut hak dia. Dia akan minta bila nak guna duit. Kalau tak dapat .. dia boleh jadi sawan sekejap.
3. Spesis Berdikari. Dia tak minta duit suami – dia ada pendapatan sendiri. Kadang-kadang lagi besar dari pendapatan suami. Malah kadang-kadang dia yang support suami dia. Spesis ni saya percaya semua suami yang waras tentu suka.
4. Spesis Layan Diri. Bila nak pakai duit, dia ambil sendiri banyak mana dia hendak dari beg duit suami dia. Kadang-kadang bila suami nak bayar surat khabar, baru sedar duit dah kena ambil oleh isteri.

jenis-jenis bos

Boss boleh dikategorikan kepada empat spesis iaitu; Bos Yang Teruk; Bos Yang Elok; Bos Yang Cemerlang; dan Bos Yang Malang.
1. Bos Yang Teruk.
Hanya pandai mengarah dan marah. Dia sendiri tak pandai buat, sebab dia belum pernah buat. Dia dapat jadi bos, sebab ada degree dan sebab dah lama kerja. Kalau orang bawah tanya, dia jawab “tak kan itu pun nak tanya saya”. Sebenarnya dia sendiri tak tahu nak jawab. Namun begitu dia cukup cekap melihat kesilapan orang bawah tapi jarang perasan kerja-kerja yang telah begitu banyak disempurnakan oleh orang bawahnya ..!
2. Bos Yang Elok.
Dia boleh beri tunjuk ajar. Jika orang bawah buat silap, dia akan betulkan. Kalau orang bawah tanya, dia tunjukkan jalan atau cara nak membuatnya. Dia boleh tunjuk, sebab dia dah pernah buat.
3. Bos Yang Cemerlang.
Dia boleh merangsang orang bawah buat kerja tanpa di arah atau di marah. Kalau orang bawah tanya, dia jawab, “buatlah ikut kesesuaian, tanpa melanggar sebarang peraturan. Yang pentingnya objektif organisasi kita yang telah kita persetujui bersama tercapai”.
4. Bos Yang Malang.
Semua kerja dia kena buat sendiri. Anak buah seorang pun tak boleh di harap. Kalau orang bawah tanya, dia terus nangis. Kesian dia !
Soalan ?
A. Apakah spesis boss anda ?
B. Kalau anda adalah boss, apakah spesis yang rasanya sesuai untuk anda?

5 PERSOALAN SEKITAR ISU CINTA DAN PERKAHWINAN




Apakah hukum bercinta mengikut (ulama') islam?

Isu ini menjadi sangat popular beberapa tahun kebelakangan ini, saya pun sebelum ini keliru kerana terlalu banyak pendapat (sebahagian besarnya tidak disandarkan kepada ulama). Ketahuilah, haram hukumnya mengistinbad (keluarkan) hukum daripada mana-mana hadis/ayat al-quran melainkan mereka yang bergelar ulama’ mujtahid. Ulama-ulama jadi-jadian yang berfatwa sebelum layak untuk berfatwa akan menyesatkan umat, hukum mereka keluarkan fatwa adalah HARAM walaupun fatwa mereka tepat.

Berkaitan dengan isu ini saya tertarik dengan pendapat yang diutarakan oleh Ibnu Hazm yang merupakan seorang mujtahid, faqih dan ahli sastera, beliau menghuraikan permasalahan ini di dalam kitabnya “ tauqul hamamah”, beliau telah mengatakan, Islam tidak pernah menghalang cinta, syariah tidak mengharamkan cinta kerana cinta adalah urusan hati dan hati adalah urusan Allah.

Cinta merupakan fitrah yang dicipta oleh Allah untuk kebahagian hamba-hambanya. Oleh yang demikian, cinta bukanlah sesuatu perkara yang dilarang oleh Islam, tapi perkara yang dikawal oleh Islam. Setiap perkara yang boleh mendekatkan diri seseorang kepada penzinaan, diharamkan oleh Allah. Firman Allah:

“ Dan janganlah kamu dekati zina”
2. Apakah hukum wali mujbir bapa @ dato' memaksa nak perempuan berkahwin? 
Secara mudahnya anak perempuan dibahagikan kepada dua kelompok:


Anak dara

Jumhur ulama’ melarang wali mujbir memaksa anak perempuan berkahwin, seandainya dipaksa maka anak perempuan boleh membuat pilihan sama ada hendak menolak atau meneruskannya, ini berdasarkan sebuah hadis mafhumnya: “

“ Daripada Ibn Abbas, seorang gadis dara datang kepada Nabi memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka, maka Nabi memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani)”.

Namun begitu, dalam mazhab syafie wali mujbir boleh memaksa anak dara berkahwin dalam mengomentari pendapat dalam mazhab syafie ini Profesor Yusuf Qaradawi telah berkata: ““Siapa tahu, jika al-Syafii hidup di zaman kita dan melihat kemajuan pengetahuan dan ilmu yang dicapai oleh anak gadis hari ini, sehingga mereka mampu menilai lelaki yang datang meminang mereka, atau jika mereka kahwin tanpa kerelaan akan menyebabkan kehidupan rumah tangga menjadi neraka, barangkali jika al-Syafii melihat hal ini dia akan mengubah pendapatnya seperti mana dia telah mengubah banyak pendapatnya.” (al-Qaradawi, Al-Fatawa al- Mu‘asarah, 337-338, Beirut: Dar Ulil al-Nuha).



Janda

Ijma’ ulama’ melarang wali mujbir memaksa anak perempuan kahwin.


3. Apakah hukum ibu bapa melarang anak berkahwin?
Ijma’ ulama mengharamkan ibu bapa melarang anak-anaknya berkahwin berdasarkan firman Allah:

“ Janganlah para wali menghalang mereka (perempuan-perempuan) berkahwin dengan bakal suami mereka “

Surah Al-baqarah ayat: 232

Dalam mazhab syafie ibu bapa hanya boleh melarang anak dara berkahwin seandainya mempunyai calon yang lebih baik daripada calon yang dipilih oleh anaknya.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan khitbah/tunang? 
"Khitbah" juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita.(Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib(tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar ( to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang wanita itu.

5. Hukum melihat wanita ketika bertunang
Seorang lelaki boleh melihat bakal tunangnya sama ada disedari atau tidak disedari, sama ada dengan kerelaan atau tanpa kerelaan wanita tersebut.

Dari Jabir bin Abdillah bahawa Rasulallah saw bersabda: " Apabila salah seorang dari kamu bertunang, maka jika sekiranya dia boleh melihat wanita itu hingga membawa kepada kehendak atau kemahuan untuk bernikah / kahwin, maka lakukan!!! ". Berkata Jabir (perawi) hadis ini: " aku telah bertunang dengan wanita dari Bani Salamah, aku telah bersembunyi tanpa dilihat oleh wanita itu sehingga aku melihat sebahagian dari 'diri / tubuh badan' wanita itu yang boleh membawa kepada kehendak dan kemahuan aku untuk menikahi atau mengahwininya". 

Rabu, 30 November 2011

BiaR RiNDu BeRLaLu.

Hidup ini tidak seperti yang kita harapkan...
Ketika kita mencari bahagia, ia seakan jauh meninggalkan kita...
Ketika kita ingin melupakan kedukaan...
Ia seolah-olah makin kerap mengekori...

Siapa kita untuk menolak setiap yang di tentukanNYA???
Siapa kita untuk berasa lebih kuat dariNYA???

Ada waktu-waktunya, aku seperti tidak percaya akan melalui saat melukakan itu....
Mengenalinya... merupakan kenangan pahit dalam hidupku... Namun di sisi lain, aku melihatnya sebagai saat terindah yang tidak mungkin dapat aku temui lagi sampai bila-bila...

Begitu pun... menulis, menyebut namanya di kejauhan begini masih menjadi perkara terbaik yang tetap akan aku lakukan di saat keseorangan...

Moga ada waktu dapat kita bertemu...
Moga ada ruang untuk kita berbicara...
Mungkin...

Selasa, 29 November 2011

mengharap pada sesuatu yang tak pasti

Apa yang aku belajar hari ini ialah aku x mau mengharap pada sesuatu yang aku x mungkin aku dapat. …InsyaAllah,aku ambil ia dengan penuh senang hati dan tanpa ada perasaan sedih,kecewa dan sebagainya…
Mengharap orang akan berfikiran sama dengan kita serta menghendaki orang untuk memenuhi hasrat dan kata hati kita adalah satu tindakan yang sia-sia. Ini kerana setiap orang mempunyai corak kehidupan yang diaturkan oleh diri mereka sendiri tanpa perlu mengikut kata dan hasrat hati orang lain. Ditambah pula, Allah SWT mencipta dan mengatur setiap kehidupan manusia itu berlainan.

Walaupun fitrah manusia itu sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu berdasarkan kehendak hati, aku akan bantu diri sendiri untuk mengawal kehidupan dan hatiku. Kadangkala apabila kita terlalu mengharap sesuatu perkara itu terjadi pada diri kita dan perkara tersebut tidak berlaku…ini mungkin akan menghadirkan satu rentetan kisah kekecewaan dan kelukaan pada perasaan dan sebuah hati.

Yang pasti sebagai manusia yang lemah, aku takkan putus mengharap kasih sayang dari Allah SWT!!!

Ahad, 20 November 2011

satu panggilan yang menyakitkan hati

last night time on the way ambik mak aku dari stesen bas pekeliling....aku terima la satu panggilan telefon dari satu nombor yg agak aku kenali...ermmm dlm hati untuk ape lg org tu nak kol aku??ada ape2 urusan lagi ker??so dgn selamber aku pon angkat la panggilan telefon tu.....nie antara perbualan aku dgn orang yg telefon aku...

owner:askum...
org yg telifon:w'salam...nie firdhaus ker???
owner:firdhaus la nie....
org yg telifon:aku xnk lagi ko jumpa anak aku....kalu ko jumpa jgk ko tau la nasib ko tinggi ker rendah...

terus terputus talian....aku jadi pelik la kan tetiber jer kol aku nk sound2 aku....nak ikutkan hati aku memang aku nak g umah dia nak rembat dia depan rumah dia jer.bukan nya aku xtahu siapa yang kol aku tu...dan aku tahu kat mana rumah nya....bila masa lak aku jumpa anak ko sedangkan aku tengah g ambik mak aku time tu??pelik kan?yg telefon aku tu org tua yg berperangai mcm budak2..aku boleh hormat dia lagi walau ape pon yg dia dah buat kat aku...tp org tua tu,,,,ada???bagi aku selagi aku boleh hormat kat org tu aku akan hormat....dia nak ugut aku sikit pon aku xtakot...dia boleh buat apa yg dia nak buat...kt dunia dia boleh lepas tapi time dia nak mati nanti dia tau la nasib dia pulak.....aku xmengharapkan apa2 dari dia dan yg aku harapkan suruh dia hormat kt org lain dan jgn menindas @ mempergunakan org lain atas kepentingan diri sendiri.....modal of the story hormati la kt org lain kalau nak org lain hormati anda dan jangan mempergunakan org lain untuk kepentingan diri anda sendiri.....setiap apa yg kita buat ada balasan nya xkira di dunia atau di akhirat sana....wassalam~~~~~

Khamis, 17 November 2011

retak-ELLA

Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa

Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama

Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya

Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini

kawan makan kawan, banyak je.

Salam 'alaik..


"aku tak pernah anggap sape-sape yang rapat dengan aku kawan baik aku lepas apa yang pernah berlaku kat aku dulu,"


ungkapan yang selalu disebut oleh kawanku. mengikut apa yang aku nampak walaupun tak berlaku kat diri aku sendiri, aku observe kat orang-orang yang terdekat je lah. depan 'kawan baik' kononnya cakap kencang,


"kaulah kawan aku sehidup semati,"
"kaulah kawan sejati aku,"
"kaulah itu...."
"kaulah ini...."


tapi belakang kita dialah hempedu, dialah punca segala kepahitan yang berlaku dalam hidupku.


ihsan google imej


memang betul, bukan semua kawan macam tu. ada yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. tapi sejauh mana keikhlasan mereka tu kita masih taktahu. bukan nak kata jangan percaya kawan kita tapi apa yang betulnya jangan terlalu percaya. ataupun percayakan orang biar bertempat janganlah percaya sampai keluarga sendiri dibuang jauh. 


contoh paling mudah, pernah korang dengar kawan baik rampas awek or pakwe sendiri..rasa macam banyak je situasi yang macam ni berlaku sekarang, bukan? aku bukanlah nak cakap aku pandai sangat bab kawan-kawan ni, aku mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya. kalau boleh aku taknaklah orang yang aku dah anggap macam keluarga tikam aku dari belakang....



Rabu, 16 November 2011

kerana facebook


Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh
Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan
Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan
Kerana facebook: Kita Boleh Perbodohkan Orang & kwn
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri
Kerana facebook : Kita Tertipu
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat
Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan
Kerana facebook : S'seorang Itu LUPA DIRI Kononnya Diri Dah HO
T!

Selasa, 15 November 2011

hati seorang lelaki


Jika seorang lelaki itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya…

Seorang lelaki tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang lelaki tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

wanita,
jika seorang lelaki pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

wanita,
jika seorang lelaki menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

lelaki mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

wanita,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang lelaki menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Rabu, 2 November 2011

kisah kura-kura,ulat gonggok dan katak


 Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari

kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga

buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...

si kodok berkata :

"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ...
patut..la rokok dah abis....... "

Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"

Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"

Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "

Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....

Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"

Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"

Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...

dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"

Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"

Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura2: "Hah tu pon dia..!"

Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"

U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"

Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"

U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"...(hahahahahahha)

Selasa, 1 November 2011

doa pendekat jodoh dan doa putus cinta (mengatasi kekecewaan)

Assalamu’laikum,
Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.







Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. 

Rabu, 26 Oktober 2011

Ubat sedih aku...




Ye, memang sejak 2 menjak ni, aku mengalami kesedihan yang melampau…
hidup seolah-olah hilang arah (agak2 ler wei), sangat sedih wooo... 
astagfirullahala'zim…:( :( 
semoga ALLAH ampunkan segala dosa2ku..huhuhu
Tapi, wlau mcmmnapn gue mesti terus perjalanan..
aku mesti cr kegembiraan aku balik…
Mcm mn aku nk cr balik???...
Mcm mn aku nk hilangkan rasa sedih ni???..
Meh aku listkan cara-caranya…
Memang menjadi!! Insyaallah…

1) Muhasabah diri. 

Mohon ampun kepada ALLAH atas dosa-dosa kita selama ni. 

Jangan sesekali kita merintih cakap xde tempat nak mengadu. 
 Nangislh puas-puas. Lepaskan apa yang terbuku kat hati 
(klau x pndi berkata2 tulis jek kt diari ke..kat buku ke..
kt document computer ke…)
Yang penting DIA maha mendengar / mengetahui & memahami….

2) Bersyukur apa yg kita ada. 

Blaja la untuk bersyukur kita masih ada peluang untuk hidup, 

dapat merasa nikmat duniawi ni. Kita masih ada ramai orang yang sayangkan kita sgt2…
Jadi, nape kita harus bersedih dengan dugaan x seberapa tu?
Bukan ke org yg sentiasa didugaNYA..bermakna DIA sygkan kita..
Jadi redhalah dengan setiap ujian ALLAH itu.

3) Baca n Dengar benda2 yg x buat kita sedih. 

Ignore semua lagu2 @ novel2 @ benda2 yg buat kita lg sedih lor…
Baca n tengok benda2 yg boleh kita LOL…
Kadang2 ketawa tu ubat jugak…
Atau Baca la janji-janji ALLAH untuk manusia yang sabar…
Besar rahmatnya.
Teruskan Perjuangan…Hidup mesti diteruskan!!!!
Kalau kita sedih lagi…ambil wuduk..bentang sejadah…kita mengadap DIA…
Mengadulah pada DIA…
Itulah Jalan yang sebaik2nya…

4) Senyum Seindah Suria. 

Bila kita dh nagis puas2…kita tgk muka kita kt cermin lawa ke x…
mesti x lawa kan…Cer senyum :))))
Baru lh cantik…kan…kan…
Klau nk tau senyum ni adalah penawar segala kedukaan (pada gue lah)
Senyum 1 terapi tuk diri n jiwa kita sbnrnye…
jgn sesekali kita tunjuk pd org yg kita sedih...
Bila kita senyum…semua yg berdamping dgn kita pn senang atikan…
Bila kita tengok org di sekeliling kitapn senang ati…
Kitapn sama akan senang ati…

Isnin, 24 Oktober 2011

kenapa masih nak menyibuk??

kenapa la masih nak menyibuk dlm urusan aku???aku dah bahagia dgn hidup aku sekarang nie...pleaz la aku dah xambik tahu lg hal ko dan ko jgn lagi nk sibuk-sibuk hal aku,,,aku dengan dunia aku dan kau dgn dunia kau,,,aku tak pernah kacau dunia kau dan kau jangan nak mengacau dan nak menyibuk dunia aku...xpayah tau dengan saper aku berkawan...kau nak berkawan dengan sesiapa pon aku tak ambik peduli...kau dgn dunia kau...aku dengan dunia aku.....pleaz go far away from my life!!!!

Khamis, 20 Oktober 2011

No more me and you

Don't tell me if there's ever
No more me and you
Just let me keep on thinking
The grass is green and the sky is blue
Just leave me the sweet illusions
Faith and hope and truth
Yeah, leave me the sweet illusions
Faith and hope and truth
If there's ever no more me and you

'Cuz I've gotta keep on paying the rent
And I've gotta keep on making the bed
And I've gotta keep on walking around acting normal
And I've gotta keep on saying a prayer
And I've gotta keep on giving a care
And I've gotta keep on breathing
And I don't think I will
If there's ever no more me and you
If it's ever the last time
And you know it is the last time
Kiss me 'till you're convinced
I don't know it's the last time
And leave me the sweet illusions
Faith and hope and truth
Yeah, leave me the sweet illusions
Faith and hope and truth
If there's ever no more me and you
And I don't think I will

If there's ever no more me and you
Baby
If there's ever no more me and you

Isnin, 10 Oktober 2011

menyakitkan hati

susahkan bercakap dengan orang yg jenis xreti nk hormat kat kita...yer kita tahu yg kita nie golongan bawahan yg tak punye ape-ape kelebihan pon...kot yer pon kalau kita bercakap secara elok dan hormat dengan orang yg pangkatnya lebih tinggi dari kita xsalah rasanya kalau orang itu pon memberi respon yang sama dgn orang yg bercakap dengan nya...xperlu la nak membalas percakapan kita nie dengan cara yg kasar dan boleh menjatuhkan air muka dan maruah kita,,,manakah integriti seorang pegawai tinggi @ bos antara pekerja bawahan?perlu ker nak bermulut BANGKAI dan xmenghormati pekerja bawahan,,,,ingatlah semua orang ada maruah dan air muka,,,xperlu nak cakap @ membalas percakapan kita dgn cara yg boleh menjatuhkan maruah dan air muka pekerja....buat yang berkenaan iaitu PUAN R*H*D*H @ BOS AKU sila tunjukkan integriti anda,,,,jangan bermulut BANGKAI sangat....(hahahahahahha) aku benci dowh orang mcm die nie.....sekiannnnnnnn

aku sudah bahagia

Tak perlu menyentuhmu,
untuk membuat hatiku bergetar...
Tak perlu memilikimu,
untuk merasakan bangga...
Dan tak juga harus dapatkan cintamu untuk aku bahagia....

Cukup melihatmu dari tempatku,

Sekalipun berjarak..
Cukup menyediakan apa yang kau mau,
sekalipun kau tak mengambilnya...

Tapi itu cukup...

Dan hanya itu...
Aku sudah bahagia...


Khamis, 6 Oktober 2011

rasa nak beli kereta baru...

sejak kebelakangan nie aku asyik terpikir jer nk beli kereta len...tp kan bile fikir balik status pekerjaan aku kt sini rasa mcm xbest lak...huhuhu...tp dalam hati nie teringin jgk nk beli kereta lagi sebijik...memang la sekarang nie aku dah ada kereta @ awek pertama aku tu...(my bibah..hehehehe)...tp aku rasa mcm nk tambah jer lagi sebijik kereta...aku pon dah kol kawan aku saleswomen kereta tu...dia dah mintak dokumen....nanti aku anta la kat dia...masalah sekarang nie aku ngah pikir kete ape lak aku nak ambik....dlm hati nak ambik kereta biasa jer...tp dlm masa yg sama teringin jgk nk beli kereta yg branded sket...hahahahahaha,,,,,tgk la dulu pada rezeki...kalu rezeki murah n melimpah-limpah mungkin la tercapai hajat aku nk pakai kereta yg branded sket...to my bibah @ awek pertama aku tu....aku syg giler kt ko...hahahahaha....ko la tmpt aku meluahkan segalanya...aku akn jaga ko smpai bile2....huhuhuhu...(romantik giler aku dgn kete aku...mcm org bercinta lak)hahahaha

Rabu, 5 Oktober 2011

jangan lupa namaku

Walau aku tidak bersamamu
Jangan engkau lupakan diriku
Walau aku tiada di sisimu
Jangan engkau lupakan namaku

Kerana
Aku mengingatimu
Kerana
Aku mencintaimu
Andai aku
Bisa bertemu mu
Dengan senyum ku tadah syukur ku
Andai aku bisa menyentuhmu
Air mata pasti deras gugur

Kerana
Aku merinduimu
Kerana aku sentiasa
Menyintaimu oh sepenuh hati

Walau kamu
Jauh di mataku
Jangan aku hilang dalam kalbu
Saat kamu samar mengingati
Jangan aku terus kau lupakan

Kerana aku
Sentiasa mengingatimu
Kerana aku
Sentiasa menyayangimu oh kekasih hati

Andai aku bisa memelukmu
Pasrah aku tabah diujimu
Andai aku bisa dicintai
Dengan rela menyerahkan hati

Kerana aku merindui mu
Kerana aku sentiasa menyintaimu

Selasa, 4 Oktober 2011

Kalau kita tak lafazkan, macam mana nak tahu cinta itu wujud?

Pepatah yang selalu kita dengar, seseorang itu akan belajar menghargai hanya bila dia dah kehilangan orang yang dia sayang. Kenapa macam tu ye? Walaupun pepatah ni dah lama tapi sampai sekarang masih dengar banyak cerita yang serupa. Bercakap soal perasaan, takkan ada siapa pun akan menemukan jawapan yang selayaknya kita mahukan. Kerana manusia itu fitrahnya mudah lupa dan lalai walaupun berhadapan dengan satu satunya insan yang paling kita tak dapat hidup tanpanya ketika ini.
Manusia mudah ego bila malu untuk berdepan dengan perasaan sendiri. Jadi di mana nilai cinta dan kasih sayang? Cinta selayaknya dilafazkan bukan disimpan. Ada yang kata lebih baik diam, tapi kalau diam itu meleret kepada tekanan perasaan yang amat teruk macam mana pulak. Jangan pandai menghukum kalau kita sendiri tak tahu macam mana rasanya memendam perasaan! Hati kita sangat halus walaupun ia kental.
Bila kita kehilangan, baru kita akan tahu erti cinta yang sebenarnya. Kita mungkin boleh ego depan dunia, tapi kita akan kalah saat kita berseorangan dalam sunyi. Mengaku je lah! Takkan ada manusia yang mampu melawan kuatnya rasa hati yang sedang mencintai. Kerana cinta adalah anugerah teragung yang Allah berikan supaya kita padamkan perasaan benci dan kekejaman dalam hati kita. Bila ada cinta, itu maknanya kita tahu menjaga anugerah yang Allah bagi.
Sakitnya kehilangan, sesiapa pun takkan mengerti melainkan kita sendiri, jadi jagalah si dia dengan sepenuh daya kita. Dia mungkin akan bersabar dan menurut semua karenah kita, dia mungkin akan bertahan kerana dia mencintai kita, tapi bila kesabarannya dah habis? Bila dia dah tak dapat bertahan lagi? Satu satunya cara untuk kita terus memiliki dia adalah kita berikan cinta untuknya sepenuh hati, bukan berbelah bagi.

Bukan senang nak buat orang ketawa, bukan senang nak buat orang lain bahagia


Ketawa dan bahagia tu dua perkara yang berbeza tapi dalam tema yang sama(apa aku merepek ni?) Hehe. Just nak kata yang bukan senang kita nak buat orang lain ketawa. Dan bukan senang nak buat orang lain bahagia. Ketawa tak semestinya bahagia dan bila bahagia tak semestinya kena ketawa kan? Ada orang bila bahagia dia bersyukur, dia diam dan mengukir senyuman yang sangat tenang. Itu bahagia. Tapi bila kita ketawa kuat2, mungkin kita sedang sembunyikan kesedihan dalam diri kita dan berpura2 bahagia depan orang lain.
Entri hari ni tentang perasaan dan soal hati lagi. Sebab aku dah jumpa niche yang sesuai untuk blog aku ni.  Al maklumlah aku kan jiwang sikit. Tapi lebih baik jadi jiwang daripada jadi seseorang yang ego dan langsung tak tau hargai erti kasih sayang! Dan sebab sehingga hari ni kalau kita tengok masalah tentang cinta, tak selesai2. aku takkan puas hati selagi masih ada kecurangan dan perampasan & tak reti hargai orang dalam dunia cinta ni. Huh!
.

Rabu, 28 September 2011

idamanku...bila la nak dapat,,,,

camera idaman aku....

nie lak telifon idaman aku



kereta idaman aku lak.......

rumah idaman aku lak....


isteri idaman lak???? nk tau saper???tunggu jelaaaaaa......

Salahkah Aku Cemburu?


Salahkah aku untuk cemburu?
Salahkah aku untuk mengambil berat tentang diri mu?
Salahkah aku untuk mencintaimu sepenuh hati?
Salahkah aku untuk bertanya kisah silammu?
Salahkah aku untuk bertanya siapa dirinya?
Salahkah aku ?
Salahkah aku ?? 

Aku syg kamu sepenuh hatiku..
Mungkin bagimu aku mengongkong...tapi aku cuma ingin tahu.

Salahkah aku?


Betulkah?

Jadi salahkah aku untuk cemburu?

Selasa, 27 September 2011

lawak pagi

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pastu lu tido balik….

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin.

4) Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Answer: Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

7) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis ‘TARIK’

8) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Answer: Pembohong…

9) Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Answer: Usus

10) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu rambut

11) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

12) Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan ‘buaya’

13) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

14) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang…heheheh

15) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

18) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ….gile ape…

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah……

kisah percintaan suami isteri

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
        menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
      abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
        abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
       saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
       lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
       puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

LAWAK KAMBING...

Dalam byk2, Kain apa yang paling berat di dunia?
* = Kain songket cap Gajah Duduk

Soalan matematik, 2 apek tolak 1 nyonya jadi apa?
* = Jatuh la nyonya tu...

Ibunya satu, anaknya beribu, apa dia?
* = Penyapu

Kalau 1 + 1 = 2, jawapan lain dia apa?
* = Jawapan lain salah la...

Ibunya diurut, anaknya dipijak.
* = Tangga

Pokok apa bila manusia nampak dia lari?
* = Pokok nak tumbang la...

Lagu apa yang semua orang di dunia ini boleh menyayikannya?
* = Lagu 'Happy Birthday'

lagi...

Air apakah yang paling berani sekali?
* = Air terjun

Sungai apa yang paling kurus di dunia?
* = 'Slim River'

Sungai apakah yang tiada air?
* = Sungai di dalam peta

Buah apa bila dia masak dia timbul?
* = Buah Melaka

Kalau semua manusia jadi ikan, ikan jadi apa?
* = Jadi banyak la...

Apakah persamaan antara ikan kod dengan kod gitar?
* = Kedua-duanya boleh digoreng

Ikan apakah yang mempunyai ketiak?
* = Ikan duyung

Ha...cuba teka....

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

3) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

4) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

5) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

6) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

7) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

8)Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan

Kalau poning sangat tengoklah jawapannya kek bawah kah....kah.. ..

Jawapannye.. ....

1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) MILO AIS

3) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh. sebab tulah dia angkat
sebelah aje.

4) lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada
'game' dia padam

5) Semut yang matanya BENGKAK

6) Motorsikal.. ....sebab dia pakai tongkat

7) kambing binATANG

8) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan
nama BAKAR

Isnin, 26 September 2011

sEkAdAr MeLaWaK

ADIK : YAH, NK MOTOR BARU ?
AYAH : 8A DULU
ADIK : YAH, NAK HANDPHONE BARU ?
AYAH : 8A DULU
ADIK : YAH, NAK JAM BARU ?
AYAH : 8A DULU
ADIK : YAH, NAK KASUT BARU ?
AYAH : 8A DULUUUU
ADIK : YAH, ERR ..
AYAH : 8A DULUUUUU!
ADIK : NAK MAK BARU ?
AYAH : BILA ?
hahahahha...memang sengal giler dua beranak nie

Khamis, 22 September 2011

lama jgk xupdate blog aku nie....ermmmm....maklum la sibuk dgn keje n dgn masalah lg.. langsung xda masa nk update blog nie....semenjak dua menjak n tiga menjak nie keje bertimbun-timbun kt opis...smpai xterbuat aku aku dibuatnyer...hahahahahah.....pas 2 lak dgn org2 kt opis nie yg bermacam-macam karenah nyer lg nk dilayan,,,adoiiiii.....ape pon halangan n rintangan aku tetap hadapi dgn tenang....nk g bertapa jap...cari idea ape aku nk update dlm blog aku nie...zasssssssssssssssssssss................

Khamis, 8 September 2011

kebosanan

adesssss...bosan nyer la duduk kt opis nie...xda ape yg menarik pon...semua keje dah setel...nk g ngulor kang takot bos lak cari...nak main game bilik bos besar btol2 kt belakang aku...ermmmm member2 semua bz belaka...ada yg meting ada yg ngah buat kerja n mcm3 lg la....nk tido pon line xclear...adesssss.....aku bosannnn!!!!!

Rabu, 7 September 2011

KiSaH sEoRaNg LeLaKi dEnGaN sEoRaNg GaDiS

Pada suatu hari Shahrul pergi ke Teluk
Intan dan Ingin menaiki bas ke Bagan
Datoh untuk pergi ke rumah kawannya.
Hari itu merupakan hari pertama
Shahrul menjejakkan kakinya di Teluk
Intan dan dia langsung tidak tahu bas
mana yang perlu dinaiki untuk pergi ke
Bagan Datoh pula. Shahrul merupakan
seorang lelaki yang kacak dan sempurna
sifat fizikalnya, tetapi Shahrul
adalah seorang lelaki yang sengau.
Oleh kerana Shahrul tidak tahu bas
untuk pergi ke Bagan Datoh, lalu
Shahrul pun berjumpa dengan seorang
gadis cantik yang kebetulannya ingin
menaiki bas di perhentian bas
tersebut. Sebenarnya gadis tersebut
juga akan menaiki bas yang akan
Shahrul naiki. Maka bermulalah dialog
antara mereka berdua:
Shahrul : “Saudari tumpang tanya,
kalau nak ke Bagan Datoh naik bas yang
mana satu?” (Dengan suara sengaunya)
Gadis tersebut : “Emmmmmm…”
(Tersenyum-senyum memandang Shahrul)
Shahrul : “Maafkan saya bertanya, Bas
nak ke Bagan Datoh yang mana satu? “
(Dengan suara sengaunya)
Gadis Tersebut : (Masih tersenyum-
senyum memandang Shahrul)
Shahrul: “Kau menghina aku yer???..
Tak per….. Suatu masa nanti engkau
tahu Tuhan akan membalasnya… Bentak
Shahrul dengan suara sengaunya kerana
begitu marah kepada gadis tersebut
yang tersenyum-senyum memandang
kearahnya apabila dia bertanya. Dan
kemudian dia berlalu untuk bertanya
kepada orang lain.
Rupa-rupanya gelagat gadis tersebut
telah diperhatikan oleh seorang mak
cik yang tidak jauh dari situ.
Timbullah ketidakpuasan hatinya lantas
bertemu gadis tersebut untuk
bertanyakan perkara yang sebenar.
Mak cik tersebut : “Anak, kenapa anak
tidak menjawab pertanyan anak muda itu
tadi, Dan tersenyum-senyum
memandangnya, Bukankah Itu perkara
berdosa?”
Apakah agaknya jawapan yang diberikan
oleh gadis itu pada tanggapan anda ?
Gadis tersebut menjawab: “mak cik
lebih baik saya tidak menjawabnya
daripada menjawab pertanyaan anak muda
itu, kerana saya kuathir ia akan
berfikir saya cuba menyindirnya kerana
saya juga adalah sengau sepertinya”
kata gadis tersebut DENGAN SUARA
SENGAUNYA……………

# Jangan kita mudah membuat tanggapan
pada sesuatu perkara tanpa usul
periksa yang jitu.

Selasa, 6 September 2011

pergi jamuan raya

hari nie jimat dah duet belanjer aku...g majlis jamuan raya...peghhhhh mcm2 aku makan td...dengan sate,kambing goleh cendol laksa n mcm2 lg la...kan best kalu tiap2 hari dpt mkn mcm nie...hehehehehe...cukup bulan darah naik....hari nie hari kekenyangan buat aku,,,hahahahhahaha


perghhhhhh penat gilerrrr!!!

perghhhhh...memang penat la hari nie....kena angkat kotak yg berserabut kt dalam bilik fail tu....adessss...mcm nk patah lak pinggang nie angkat kotak berat2...belom hbs lg...nak kena sambung balik...nasib baik la ada dua hamba allah nie sudi menolong aku angkat kotak2 tu semua...walaupon diaorang tolong kotak tu xbanyak tp ringan la sket beban aku tok angkat semua kotak2 tu....thanks hauzan n abg jamal sbb tolong aku td...kalu korang xtolang aku tadi entah bila la nk siap semua tu.....thanksss a lottttt...

  • alhamdulillah akhirnya aku sudah tahu berita yang sebenar...memang aku xdapat terima ape yg dah berlaku antara aku dgn dia...susah tok aku lalui semua ini...aku fikirkan bila aku bersama dengan nya aku boleh hidup bahagia buat selamanya tp apakan daya,,,betol kata pepatah org tua2,,,ku sangka kan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari...aku  berharap engkau bahagia,,,aku tahu mungkin susah untuk aku untuk terima semua ini tetapi aku terpaksa menerima semua ini...takdir sudah tertulis begini,,,aku xboleh nk melawan takdir...mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku....aku tahu aku xkuat utk lalui semua ini tp aku terpaksa melalui semua ini dgn terpaksa...andai kata ada jodoh diantara kami,,,ada la,,,kalu xda jodoh di antara kami maka tiada la...thanks for everything~~~~~


    Selasa, 16 Ogos 2011

    Bagaimana Perasaan Seorang Lelaki bila DIsakiti Wanita

    Ketika disakiti pria kebanyakan wanita akan menangis. Wanita bisa menangis berjam-jam, bahkan mungkin berhari-hari ia akan terus bersedih. Saat itu perasaannya tampak begitu tersiksa. Namun, dalam waktu singkat perlahan kesedihan itu pun akan sirna tanpa disadari. Wanita akan kembali ceria seperti dulu lagi. Tapi, jika seorang lelaki disakiti, hampir tidak ada air mata yang menetes. Kebanyakan lelaki memang seakan tidak mempunyai kesedihan sedikitpun. Sebaliknya, yang tampak dari dirinya hanyalah kebencian dan kekecewaan karena disakiti. Namun, jauh di lubuk hatinya yang paling dalam ada sebuah kesedihan yang terpendam. Meskipun waktu telah lama berlalu dan semua hal telah berubah, tapi kesedihan itu masih melekat dan kadang muncul dalam ingatan secara tiba-tiba. Tanpa diduga ketika sedang menyeberang di jalan bersama pacar barunya, seorang lelaki tiba-tiba bisa terkenang pada momen saat ia menyeberang bersama dengan wanita yang menyakitinya. Ingatannya tiba-tiba tertuju pada wanita itu. Ia akan mengingat bahwa wanita itu adalah wanita yang pernah begitu dicintainya dan saat itu terasa begitu menyakitkan bagi seorang lelaki. Hal ini biasanya tidak terjadi hanya sekali, tapi berkali-kali. Bayangkan betapa tersiksanya perasaan seorang lelaki! Dalam sekejap perasaan lelaki menjadi down. Lelaki seakan menjadi begitu lemah dan rapuh. Namun, ia berusaha menutupinya dan tetap memperlihatkan sikap sewajarnya untuk memulihkan perasaannya sendiri. Sehingga, tak ada seorang pun yang merasakan, kecuali hatinya sendiri yang teriris. Lelaki akan terluka dan terus memendamnya hingga ia benar-benar bisa menghilangkan luka tersebut dari dirinya. 



    Ahad, 31 Julai 2011

    saksikan....

    Plz wait till images load..
    laugh and learn..  lessons will make you think for sure.. 
     

    model on the catwalk , turn , smile , then ...

    lesson- keep walking, whatever happens in front of you.. 
    -------------------------------

    the worst pretender ever ...sibodo!
     
    lessonexpress yourself.. even if you are late to do so.. 
    ---------------------------------------------

    this kid has potential in gymnastics
     
    lesson - study something new from each mis-takes
    ---------------------------------

    cat with bad eye-sight
     
    lesson - keep your eyes open, even when you are sad, happy or tensed
    -----------------------------------

    this guy is cool ... but bad luck too...
     
    lesson - never believe that you can rely on something for a long time.. 
    ---------------------------------------

    ka me ha me haaaaa!!!!
     
    lesson - never underestimate your power
    ----------------------------------

    brazil vs argentina , hahaha..sengal..

    lesson -  one cannot play tricks on someone for a long time.. 
    ---------------------------------

    wachaaa!!!! scissor legs ...

    lesson- do your best, if you are attacking, or being attacked
    -------------------------------------------


    Woohooo! murder on the dance floor ??

    lesson - concentrate more when you require more energy.. 
    -------------------------------------


    don't run on jogging machine when ur wearing jeans

    lesson- do not try to hold on something which can change anytime..  
    ------------------------------------


    Ouch!! this must be painful !!

    Lesson - Do not do a thing, without thinking.. 

    Selasa, 26 Julai 2011

    arnab bersukan

    time dulu2 org selalu citer pasal arnab n kura2 lumbe lari...tp tu semua kisah dongeng jer kan...tp kali nie aku nk paparkan arnab masuk sukan lak...kire mcm sukan olimpik la jgk..tp dlm nie kura2 xda...semua arnab ajer...kire mcm nk test power la di kalangan golongan2 arnab nie...so tgk la gmbr2 yg aku dh upload nie......


    nak start dah nie...huhuhu
    alamak tersangkut perot la pulak

    tinggi nyer aku lompat..

    aku menang...