Selasa, 21 Jun 2011

jika kau sayang padaku

teruslah sayang padaku
tapi aku tak bisa memaksamu
karena itu cintamu
aku hanya bisa menerima
dan hidup di dalamnya
penuh bahagia

Jika kau benci padaku
bertanyalah pada dirimu
apamu yang terganggu
dengan adanya aku
dari situ kita berdua belajar
siapa kau
dan siapa aku

Jika kau sama denganku
jangan sesali kepergianku
karena kehilangan yg terbesar bukanlah
kematianku
tetapi apa yang mati di antara kita
ketika aku masih ada

Dan jika cinta memang ada di antara kita
aku tak akan pergi jauh darimu
hidup terus dihatimu
menghangatkanmu dalam kedinginan
menenangkanmu dalam kemarahan
membawa senyum dalam saat-saat sepi,
aku tidak tidur
aku tidak mati
akulah kekuatan bagimu
selalu ada

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.
Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.
Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.
Tip Cinta
Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.
Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.
Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.
Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.
Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.
Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat.
Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya.
Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.
Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
* Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
* Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan
Hari ini, antara benda paling rumit ialah lelaki. Jika wanita melayannya dengan baik, dia anggap wanita jatuh hati. Jika tidak, dia anggap wanita itu hidung tinggi. Jika wanita tampil cantik menawan, dia anggap wanita inginkan perhatian. Jika tidak, wanita dituduh kekampungan. Lelaki menuduh wanita kejam jika menyakitinya. Tapi bila dia menyakiti wanita, wanita dikatakan sensitif dan manja. Jika wanita menyatakan semua ini kepada lelaki, mereka pasti bersumpah ini semua tidak benar sama sekali. Maaf jika perenggan ini menyakitkan hati ramai lelaki. Tapi ini realiti.


Bercinta bererti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai. Tidak kira lelaki atau wanita. Jadi di situlah terbit rasa percaya. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindungi anda sepenuh jiwa dan raga.


Sayangilah dia seadanya. Anda terpikat dengannya sedangkan ada ramai lagi manusia berkarakter berbeza. Jadi anda nampak keistimewaan dia. Jangan terlintas untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya akan mengubah dirinya. Cuba imbas kembali, anda terpikat dengannya kerana dia adalah dia. Berubah yang aku maksudkan ialah perubahan dirinya, bukan dari segi akhlaknya.


Ingat. Janganlah bangga dengan diri anda selepas dapat memenangi hatinya kerana itu adalah anugerah yang boleh ditarik bila-bila masa. Jagalah dia sementara ada bersama. Dia memilih anda kerana dia percayakan anda. Dan anda harus ingat, adalah sangat susah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita.


Sebagai langkah persediaan, jika ditakdirkan hubungan anda putus di tengah jalan, jangan tinggal dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan menangis kekecewaan malah jiwanya juga akan mati perlahan-lahan. Walaupun sukar untuk meneruskan hubungan walaupun sebagai kawan, biarkan dia tahu alasan yang akan diberikan. Supaya dia tahu dia akan berjumpa yang lebih baik pada masa hadapan.


Seringkali kita mendengar orang berkata, kita takkan sedar apa kita ada sehinggalah dia meninggalkan kita. Tapi sebenarnya, kita tahu apa kita ada, cuma kita tak tahu bila kita akan kehilangannya. Hargai apa kita ada hari ini kerana kita mungkin kehilangannya esok hari.


Tak tahu entry ini dapat membantu atau tidak.
Cuma menulis dari hati yang separuh jiwanya sudah pergi.
Love doesn’t have to hurt
To feel good
It’s such a revelation
With you I can be myself
I know it should
Don’t have to cry
Don’t have to fight
Don’t have to die
Not after tonight
Show me
Love (Love)
Doesn’t have to hurt to feel good

Ahad, 12 Jun 2011

hipokrit

xsangka ada lg upenyer org mcm nie dlm dunia nie....bile org tu xda sibuk dok tnyer...tp bile org tu ada sibuk dok mengata....wehhh jaga kain sendiri sudah laaaa....jgn nk jaga tepi kain org....jgn pk ko sorang jer yg perfect....kalu ko perfect xda la ko bersikat hipokrit...xpela mungkin xkena batang hidung sendiri,,,,nanti kalu dah kena baru la reti....malu sendiri la wehhhh....dah besor otak pon ada tuhan dah kurniakan kt ko....so gunakan otak itu dgn sebaiknyer.....jgn dok sibuk ngata org len & sblm nk ngata kt org len tgk diri sendiri tu dulu,,,cermin sket diri tu.....

Khamis, 9 Jun 2011

LuNcH TiMe...

Lunch time

LELAKI

1.Waktu lunch, jalan ke tempat makan

2. Sampai kedai makan, masuk

3. Ambik Pinggan

4. Letak nasi

5. Letak Lauk

6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali

7. Makan

8. Habis

9. Balik Opis lor

10. G surau

PEREMPUAN

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan

2. Perhatikan orang waktu jalan

3. Sempat mengumpat dulu

4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki

5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.

6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu

7. Ramai orang, cari kedai lain.

8. Jalan lagi

9. Dah puas ati..masuk..

10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.

11. Carik2 pinggan, ambik pinggan

12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..

13. Dah puas ati, ambik nasi

14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit

15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali

16. Buang balik nasi.banyak..

17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)

18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit

19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini

20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit

21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi

22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling

23. Ambil lauk

24. Pusing lagi

25. Carik sayur pulak!

26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit

27. Ke kaunter bayaran

28. Tgk2 nasi dlm pinggan

29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”

30. Sampai depan kaunter “berapa?”

31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..

32. Keluarkan duit

33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)

34. Bayar.Berdiri masukkan duit baki

35. Tutup dompet. Ambik nasi

36. Tinjau-tinjau tempat duduk.

37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!

38. Cari tempat duduk lain

39. Jumpa.Duduk..

40. Alamak.Air tak order lagi

41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung

42. Order air

43. Bangun

44. Ambik sudu

45. Duduk

46. Bangun

47. Ambik Tisu

48. Duduk

49. Air sampai

50. Belek dompet (Step tadi)

51. Bayar

52. Tutup

53. Minum air

54. Start makan

55. Tengok-tengok orang sambil makan

56. Makan separuh..kenyang

57. Sebab dah minum air

58. Letak sudu, letak garpu

59. Pinggan tolak tepi

60. Borak2 kater makanan tak sedap

61. Ngumpat2..tgk orang

62. Pukul 2, naik opis..

63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!

No wonder women are more complex than men emotionally

Betul ke ???

Selasa, 7 Jun 2011

sEkAdAr MeLaWaK SaHaJa......

ISU HARI INI :-- RUMITNYA MEMAHAMI HATI NURANI WANITA !!

DIBAWAKAN OLEH :- KARAM DI LAUTAN DALAM...

Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?
-----------------------------------------------------------------
Laki telefon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai NASI LEMAK
Tibai nasik LEMAK AYAM baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau sambal...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
----------------------------------------------------------------
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama anak-anak nak ikut awak eh?
----------------------------------------------------------------
Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn anak-anak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar anak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tv jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?
---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
----------------------------------------------------------
Kesian lelaki... otak lurus sgt... xleh bengkang bengkok sket.
:senyum:

Lawak untuk hilang kan stress sekejap..... heheheh
hahahhaha...kelakar.... Sabar ajerla jadik suami yekkk!!

MANA2 YANG BELUM ATAU BAKAL NAK JADI SUAMI tu SILA SIAPKAN MENTAL ANDA SEBELUM ANDA SAKIT MENTAL.. HAA

kIsAh NaK KaWeN....hahahaha

SEKARANG INI ADALAH MUSIM CUTI SEKOLAH. DI SANA-SINI ADA SAHAJA KENDURI KHAWIN. TAPI RAMAI YANG TIDAK MENGETAHUI SEBELUM BERLANSUNGNYA KENDURI TERSEBUT ADA PERBINCANGAN MENGENAI HANTARAN PERKAHWINAN SEHINGGA BOLEH MENJADI SATU ISU BESAR KEPADA KEDUA-DUA PIHAK. NAMUN KISAH DI BAWAH INI MUNGKIN BOLEH JADI SATU IKTIBAR ATAU JALAN PENYELESAIAN KEPADA PERMASALAHAN DAN KRISIS WAN HANTARAN.. KITA IKUTI PERBINCANGAN INI ;- dibawakan oleh :- KARAM DILAUTAN DALAM...

Emak kepada Minah : "Yerlah awak pun tau kan... anak saya nie blajar lulus universiti.... tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut.... selalunya yang belajar tinggi2 ni dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompuan saya.... harap harap paham2 jerlah~"

Emak kepada Mat : "Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham2 lah yer... kalau terlampau tinggi nanti bertangguh2 pulak nanti... biarlah
dicepatkan biar jauh dari maksiat..." paham2 je lak anak muda skrg nie..

Emak kepada Minah : "Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukanla tak laku sangat.. ada banyak lagi yang tengah dok tunggu... dah lah harga rendah.... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakapkan.."

TIBA-TIBA SI MAT MENCELAH:--

Mat : "Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam
gini.... SEKARANG jugak saya bg DOWNPAYMENT RM2 Ribu CASH... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA.... kalau dalam semua BAIK, CANTIK .... Jangan cakap RM10 RIbu RM12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

MORAL Dari kisah ini :-- urusan orang2 tua jangan dok campur!! kang tak pasal2 pipi tu hinggap penampor sulong..

Khamis, 2 Jun 2011

Rabu, 1 Jun 2011

sebab saya sayang awak


SAYA SAYANG AWAK SEBAB

makin bertambah sayangku

Ya Allah...
setelah apa yang aku lihat..
sayang aku kepadanya semakin bertambah...
aku tak kuat tengok dia kecewa..

kEnApA mACaM Tu????

pening2..
kenapa macam 2..
zaman skunk pown ade lagi orang macam nie..
sepatutnya jadi la contoh..
nie x sama jew perangai ngan orang bese..

AkU JeLeS???

cemburu..
ape yang dirasakan bila cemburu..
perlu ke ada perasaan itu..
kalau ada pon untuk ape..
untuk wat kiter lebih sakit hati..
“kadang kala, cinta boleh diumpama tiupan seruling tanpa dengar bunyinya. cuma buat yang mengerti akan merasa betapa indah melodinya. payahkan? mungkin itu juga sebabnya aku macam sedikit menjauh buat jatuh cinta”.

ermmmmmmm

“mungkin memendam perasan baik untuk aku. terus menyimpan rasa yang datang walaupun kadangkala buat aku sukar untuk bernafas. yang kadang-kadang juga buat aku rasa kehilangan walaupun pada hakikatnya aku belumpun mampu pegang hatinya”.

pernah rasa seperti tak dihargai!!!!!!

kau pernah rasa tak diperlukan?
kau pernah rasa seperti tak dihargai?
kau pernah rasa seolah dikhianati?
kau pernah rasa hati kau seakan dicucuk-cucuk dan dihiris-hiris?
kau pernah rasa jiwa kau umpama disiat-siat halus?
kau pernah rasa diri kau semacam ditikam bertubi dan dilapah?
kau pernah rasa?
setelah kau korbankan semua,
akhirnya kau cuma dipandang sebelah mata.
atau langsung disisih dibiarkan seorang diri.
seolah kau diikat kaki tangan dan diletak di penjuru bilik yang gelap samar.
yang kau mampu buat cuma melihat orang lain ketawakan nasib kau.
seolah kau terpaksa membenarkan apa yang berlaku tanpa sebarang rasa.
seolah kau langsung tak punya kudrat untuk mengubah apa-apa.
seolah-olah kau manusia dangkal bodoh dungu yang langsung tiada guna.
kau pernah rasa semua tu?
aku bukan mahu ungkit.
cuma mahu kau tahu yang aku bukan malaikat.
cuma mahu kau sedar aku juga manusia.
yang tahu peritnya rasa bila benci datang.
kali ini memang aku betul-betul rasa nak mencarut.
celaka!

kehidupan pancaroba

Hidup ini memang banyak pancaroba,..ramai orang yang hidup susah malah lebih susah lagi daripada kita.tapi semuanya bergantung kepada diri kita ni sama ada kuat atau tak nak hadapinya.
Manusia tidak pernah bersyukur sepenuhnya dengan kurniaan Tuhan,bila dah dapat sesuatu ada sahaja yang nak dirungutkan seakan-akan diri ini lebih layak memiliki sesuatu yang melebihi jangkauan.tetapi sedarkah kita bahawa kita hanya insan kerdil yang terlalu dimanja kan?apabila menghadapi kesusahan,yang Maha Pencipt adicari tetapi apabila menghadapi kesenangan Dia dilupakan dan kita menjadi alpa.waktu itu lah Allah menurunkan ujian supaya kita mengingatinya..
aku bukan menunding jari pada sesiapa tetapi aku akui perkara biasa pun sering terjadi pada aku.tetapi itulah sifat semulajadi manusia,apa yang dpt kita buat hanyalah berdoa dan bertawakal pada NYA semoga dipelihara selalu dan ke SyurgaNYA..