Selasa, 21 Jun 2011

Hari ini, antara benda paling rumit ialah lelaki. Jika wanita melayannya dengan baik, dia anggap wanita jatuh hati. Jika tidak, dia anggap wanita itu hidung tinggi. Jika wanita tampil cantik menawan, dia anggap wanita inginkan perhatian. Jika tidak, wanita dituduh kekampungan. Lelaki menuduh wanita kejam jika menyakitinya. Tapi bila dia menyakiti wanita, wanita dikatakan sensitif dan manja. Jika wanita menyatakan semua ini kepada lelaki, mereka pasti bersumpah ini semua tidak benar sama sekali. Maaf jika perenggan ini menyakitkan hati ramai lelaki. Tapi ini realiti.


Bercinta bererti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai. Tidak kira lelaki atau wanita. Jadi di situlah terbit rasa percaya. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindungi anda sepenuh jiwa dan raga.


Sayangilah dia seadanya. Anda terpikat dengannya sedangkan ada ramai lagi manusia berkarakter berbeza. Jadi anda nampak keistimewaan dia. Jangan terlintas untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya akan mengubah dirinya. Cuba imbas kembali, anda terpikat dengannya kerana dia adalah dia. Berubah yang aku maksudkan ialah perubahan dirinya, bukan dari segi akhlaknya.


Ingat. Janganlah bangga dengan diri anda selepas dapat memenangi hatinya kerana itu adalah anugerah yang boleh ditarik bila-bila masa. Jagalah dia sementara ada bersama. Dia memilih anda kerana dia percayakan anda. Dan anda harus ingat, adalah sangat susah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain terhadap diri kita.


Sebagai langkah persediaan, jika ditakdirkan hubungan anda putus di tengah jalan, jangan tinggal dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan menangis kekecewaan malah jiwanya juga akan mati perlahan-lahan. Walaupun sukar untuk meneruskan hubungan walaupun sebagai kawan, biarkan dia tahu alasan yang akan diberikan. Supaya dia tahu dia akan berjumpa yang lebih baik pada masa hadapan.


Seringkali kita mendengar orang berkata, kita takkan sedar apa kita ada sehinggalah dia meninggalkan kita. Tapi sebenarnya, kita tahu apa kita ada, cuma kita tak tahu bila kita akan kehilangannya. Hargai apa kita ada hari ini kerana kita mungkin kehilangannya esok hari.


Tak tahu entry ini dapat membantu atau tidak.
Cuma menulis dari hati yang separuh jiwanya sudah pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan