Rabu, 30 November 2011

BiaR RiNDu BeRLaLu.

Hidup ini tidak seperti yang kita harapkan...
Ketika kita mencari bahagia, ia seakan jauh meninggalkan kita...
Ketika kita ingin melupakan kedukaan...
Ia seolah-olah makin kerap mengekori...

Siapa kita untuk menolak setiap yang di tentukanNYA???
Siapa kita untuk berasa lebih kuat dariNYA???

Ada waktu-waktunya, aku seperti tidak percaya akan melalui saat melukakan itu....
Mengenalinya... merupakan kenangan pahit dalam hidupku... Namun di sisi lain, aku melihatnya sebagai saat terindah yang tidak mungkin dapat aku temui lagi sampai bila-bila...

Begitu pun... menulis, menyebut namanya di kejauhan begini masih menjadi perkara terbaik yang tetap akan aku lakukan di saat keseorangan...

Moga ada waktu dapat kita bertemu...
Moga ada ruang untuk kita berbicara...
Mungkin...

Selasa, 29 November 2011

mengharap pada sesuatu yang tak pasti

Apa yang aku belajar hari ini ialah aku x mau mengharap pada sesuatu yang aku x mungkin aku dapat. …InsyaAllah,aku ambil ia dengan penuh senang hati dan tanpa ada perasaan sedih,kecewa dan sebagainya…
Mengharap orang akan berfikiran sama dengan kita serta menghendaki orang untuk memenuhi hasrat dan kata hati kita adalah satu tindakan yang sia-sia. Ini kerana setiap orang mempunyai corak kehidupan yang diaturkan oleh diri mereka sendiri tanpa perlu mengikut kata dan hasrat hati orang lain. Ditambah pula, Allah SWT mencipta dan mengatur setiap kehidupan manusia itu berlainan.

Walaupun fitrah manusia itu sendiri sentiasa mengharapkan sesuatu berdasarkan kehendak hati, aku akan bantu diri sendiri untuk mengawal kehidupan dan hatiku. Kadangkala apabila kita terlalu mengharap sesuatu perkara itu terjadi pada diri kita dan perkara tersebut tidak berlaku…ini mungkin akan menghadirkan satu rentetan kisah kekecewaan dan kelukaan pada perasaan dan sebuah hati.

Yang pasti sebagai manusia yang lemah, aku takkan putus mengharap kasih sayang dari Allah SWT!!!

Ahad, 20 November 2011

satu panggilan yang menyakitkan hati

last night time on the way ambik mak aku dari stesen bas pekeliling....aku terima la satu panggilan telefon dari satu nombor yg agak aku kenali...ermmm dlm hati untuk ape lg org tu nak kol aku??ada ape2 urusan lagi ker??so dgn selamber aku pon angkat la panggilan telefon tu.....nie antara perbualan aku dgn orang yg telefon aku...

owner:askum...
org yg telifon:w'salam...nie firdhaus ker???
owner:firdhaus la nie....
org yg telifon:aku xnk lagi ko jumpa anak aku....kalu ko jumpa jgk ko tau la nasib ko tinggi ker rendah...

terus terputus talian....aku jadi pelik la kan tetiber jer kol aku nk sound2 aku....nak ikutkan hati aku memang aku nak g umah dia nak rembat dia depan rumah dia jer.bukan nya aku xtahu siapa yang kol aku tu...dan aku tahu kat mana rumah nya....bila masa lak aku jumpa anak ko sedangkan aku tengah g ambik mak aku time tu??pelik kan?yg telefon aku tu org tua yg berperangai mcm budak2..aku boleh hormat dia lagi walau ape pon yg dia dah buat kat aku...tp org tua tu,,,,ada???bagi aku selagi aku boleh hormat kat org tu aku akan hormat....dia nak ugut aku sikit pon aku xtakot...dia boleh buat apa yg dia nak buat...kt dunia dia boleh lepas tapi time dia nak mati nanti dia tau la nasib dia pulak.....aku xmengharapkan apa2 dari dia dan yg aku harapkan suruh dia hormat kt org lain dan jgn menindas @ mempergunakan org lain atas kepentingan diri sendiri.....modal of the story hormati la kt org lain kalau nak org lain hormati anda dan jangan mempergunakan org lain untuk kepentingan diri anda sendiri.....setiap apa yg kita buat ada balasan nya xkira di dunia atau di akhirat sana....wassalam~~~~~

Khamis, 17 November 2011

retak-ELLA

Berabad telah kita bercinta
Mengapa kini engkau berubah
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa

Mana janjimu akan setia
Menyayangi ku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama

Kini tiada erti memberi janji
Janji manis mu dulu
Hingga jadi api membakar dada ini

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Tergamak kau berpaling dan teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri jelita

Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Hati ini hancur dan luluh kerana mu
Seandainya ada lagi cinta di hati ini
Akan kubenamkan sepi hanya selamanya

Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita

Lemah dunia halanya
Hati kecewa dengan janji manismu
Kini jadi api membakar dada ini

kawan makan kawan, banyak je.

Salam 'alaik..


"aku tak pernah anggap sape-sape yang rapat dengan aku kawan baik aku lepas apa yang pernah berlaku kat aku dulu,"


ungkapan yang selalu disebut oleh kawanku. mengikut apa yang aku nampak walaupun tak berlaku kat diri aku sendiri, aku observe kat orang-orang yang terdekat je lah. depan 'kawan baik' kononnya cakap kencang,


"kaulah kawan aku sehidup semati,"
"kaulah kawan sejati aku,"
"kaulah itu...."
"kaulah ini...."


tapi belakang kita dialah hempedu, dialah punca segala kepahitan yang berlaku dalam hidupku.


ihsan google imej


memang betul, bukan semua kawan macam tu. ada yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. tapi sejauh mana keikhlasan mereka tu kita masih taktahu. bukan nak kata jangan percaya kawan kita tapi apa yang betulnya jangan terlalu percaya. ataupun percayakan orang biar bertempat janganlah percaya sampai keluarga sendiri dibuang jauh. 


contoh paling mudah, pernah korang dengar kawan baik rampas awek or pakwe sendiri..rasa macam banyak je situasi yang macam ni berlaku sekarang, bukan? aku bukanlah nak cakap aku pandai sangat bab kawan-kawan ni, aku mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya. kalau boleh aku taknaklah orang yang aku dah anggap macam keluarga tikam aku dari belakang....



Rabu, 16 November 2011

kerana facebook


Kerana facebook : Daripada Kawan Bertukar Musuh
Kerana facebook : Couple Boleh Gaduh Sebab Cemburu
Kerana facebook : Pasangan Couple Boleh Berpisah
Kerana facebook : Hidup Boleh Diperbodohkan
Kerana facebook : Kawan Lupa Kawan
Kerana facebook: Kita Boleh Perbodohkan Orang & kwn
Kerana facebook : Kita Menipu Diri Sendiri
Kerana facebook : Kita Tertipu
Kerana facebook : Wujudnya Adik-Beradik Angkat
Kerana facebook : Kita Tak Tidur & Tak Makan
Kerana facebook : S'seorang Itu LUPA DIRI Kononnya Diri Dah HO
T!

Selasa, 15 November 2011

hati seorang lelaki


Jika seorang lelaki itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya…

Seorang lelaki tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang lelaki tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

wanita,
jika seorang lelaki pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

wanita,
jika seorang lelaki menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,

Lihatlah matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….

lelaki mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

wanita,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang lelaki menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.
Hanya kau yang tahu jawapannya..

Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

Rabu, 2 November 2011

kisah kura-kura,ulat gonggok dan katak


 Ada tiga sahabat, satu kura2..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari

kura2 mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil2an. So.. mereka bertiga

buat le pesta kecil di rumah kura2. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...

si kodok berkata :

"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ...
patut..la rokok dah abis....... "

Kura2: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"

Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"

Kura2: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "

Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....

Kura2: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"

Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"

Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"

Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. Si Katak dan Kura2 menunggu ......

Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam...

dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.

Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"

Kura2: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"

Katak: "Jom..!"

Bila jer kura2 buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.

Kura2: "Hah tu pon dia..!"

Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"

U.G.: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"

Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"

U.G.: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"...(hahahahahahha)

Selasa, 1 November 2011

doa pendekat jodoh dan doa putus cinta (mengatasi kekecewaan)

Assalamu’laikum,
Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.







Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian.