Khamis, 17 November 2011

kawan makan kawan, banyak je.

Salam 'alaik..


"aku tak pernah anggap sape-sape yang rapat dengan aku kawan baik aku lepas apa yang pernah berlaku kat aku dulu,"


ungkapan yang selalu disebut oleh kawanku. mengikut apa yang aku nampak walaupun tak berlaku kat diri aku sendiri, aku observe kat orang-orang yang terdekat je lah. depan 'kawan baik' kononnya cakap kencang,


"kaulah kawan aku sehidup semati,"
"kaulah kawan sejati aku,"
"kaulah itu...."
"kaulah ini...."


tapi belakang kita dialah hempedu, dialah punca segala kepahitan yang berlaku dalam hidupku.


ihsan google imej


memang betul, bukan semua kawan macam tu. ada yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. tapi sejauh mana keikhlasan mereka tu kita masih taktahu. bukan nak kata jangan percaya kawan kita tapi apa yang betulnya jangan terlalu percaya. ataupun percayakan orang biar bertempat janganlah percaya sampai keluarga sendiri dibuang jauh. 


contoh paling mudah, pernah korang dengar kawan baik rampas awek or pakwe sendiri..rasa macam banyak je situasi yang macam ni berlaku sekarang, bukan? aku bukanlah nak cakap aku pandai sangat bab kawan-kawan ni, aku mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya. kalau boleh aku taknaklah orang yang aku dah anggap macam keluarga tikam aku dari belakang....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan