Selasa, 31 Mei 2011

GaMBaR MeReHaTKaN oTaK....hehehhehe

Mari merehatkan otak dengan gambar-gambar menarik yang sekurang-kurangnya mampu membuat kita tersenyum sedikit. Jom tengok -

Selasa, 24 Mei 2011

Usahlah Terlalu Menyukai, Usahlah Terlalu Membenci

Usahlah Terlalu Menyukai, Usahlah Terlalu Membenci

Jika Anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi.

Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda menyintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi ,buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, memyintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.

Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.

Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya…..

Isnin, 23 Mei 2011

kEcEwA

kecewa


 Aku pelik betul dengan dunia serta kehidupan sekeliling aku..mungkin ini aku sorang jer kot yang merasa.macam2 hal yang berlaku.Bila kita baru jer nak menapak ada jer orang yang cuba jatuhkan kita.Bukannya nak kasi semangat malah ada pulak yang hebatnya menghasut orang lain konon dia ni tak bagus lah apa lah lagi lah...kenapa ini semua berlaku..adakah wujud perasaan hasad dengki (PHD).
Serta yang paling aku bencinya..dari kalangan orang yang terdekat pulak tu..dah la dia buat cerita tentang **sometext mush remove** ...**sometext ditapis** betullah..memang orang jenis ni tak pandai nak jaga hati orang lain..pulak tu dah takada cerita terbaru nak digosipkan ..bila dia ni selalu ada cerita yang lain pendengar setia dia ni akan berkata ..'eh yea ker''betul ker' patutlah. semuanya ini akan terkeluar..**ditapis oleh kerajaan** betullah..menyampah aku...Sebab ini lah aku dah malas nak tunjuk2 muka di sekitar kalangan mereka yang jenis macam ni.. Aku harap kepada korangkan jauhkan lah dari sifat2 irihati ni..bukan bawa kebaikkan pon...kalau didunia mmg akan dilihat hebat..tetapi diSANA azab menanti....sekian...

Jumaat, 20 Mei 2011

HaTi Ini MiLiK SiApA.....

pandangan ku lontarkan jauh nun di sana,  merenung kembali perjalanan hidup,  ranjau dan onak yang telah dilalui,  semua berputar sekali lagi dlm mindaku…  Ya Allah… jauhnya aku padaMU,  dalam mengejar cinta seorang bernama insan,  aku kecewakan dan abaikan engkau,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku sering terleka dan lalai,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku sering tersasar meletakkan kasih itu,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku sering mengabaikan ‘cinta’ ilahi Rabbi,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku sering mengabaikan kewajipanku pada ilahi,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku sering melakukan kesilapan dengan dosa-dosa,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku sering berkata ‘ala, dosa kecil jer… ’  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku tidak sedar yang dosa ku anggap kecil itulah yang ‘gelapkan’ hatiku,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku buta dalam menilai cinta yg tulus dan ikhlas,  dalam mencari cinta hakiki seorang insan,  aku sering disakiti, dikecewakan dan ditinggalkan…  hatiku milik siapa???  adakah hatiku milik insan yang tidak tetap hatinya?  adakah hatiku milik insan yang cintanya ada batasan?  adakah hatiku milik insan yang cintanya sementara waktu?  adakah hatiku milik insan yang bermusim kasihnya?  adakah hatiku milik insan yang rapuh hatinya pada ilahi?  adakah hatiku milik insan yang tiada KALAM ilahi dalam hatinya?  adakah hatiku milik insan yang leka dengan duniawi?  adakah hatiku milik insan yang lupa akhiratnya?  inikah yang aku mahu letakkan hatiku padanya???….  Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…  baru aku sedari yang hatiku begitu jauh dariMU,  baru aku sedari yang hatiku terlalu kotor,  baru aku sedari yang hatiku ini ceteknya keimanan,  baru aku sedari yang hatiku penuh dengan sifat nifak,  baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan bisikan syaitan,  baru aku sedari yang hatiku ini penuh dengan duniawi…  Ya Hayyum, Ya Qayyum, Ya Latif…  ada padaMU sifat kekal…maka kekalkanlah hatiku menuju nurMU  ada padaMU sifat berdiri dengan sendiri… maka kuatkanlah hatiku dlm ranjau duniawi agar ku bisa berdiri dengan kekuatanMU,  ada padaMU sifat lembut… maka lembutkanlah hatiku menuju maghfirahMU…   Ya Allah, Ya Rabbi,  jangan Kau kelamkan hatiku dengan kegelapan dunia kini,   campakkan cahaya hidayahMU ke dalam hatiku,  moga dapat aku berikan sedikit,  cahaya itu buat mereka yang kegelapan,  semoga segala yang ku lakukan hanya untukMU,  hanya untuk merebut kasihMU yang Agung,  hanya untuk mencapai redhaMU,  di dunia dan akhirat….  Ameennn Ya Rabbal ‘Alamin…

Rabu, 18 Mei 2011

NeW sPorT RiM...hehehehe



akhirnyer berjaya jgk aku nk pakai sport rim yg brandet sket,,,hehehehehe...malam td dpt jgk aku tukar sport rim....so tgk yerrrr.....

Jumaat, 6 Mei 2011

kadang-kadang aku terfikir betol ker org yg rapat dgn kite betol2 suke kwn dgn  kita??aku terfikir mcm nie pon sbb aku nk fikir la...hahahahaha.....tp kite perlu lah berhati-hati betol @ x org yg rapat dgn kite tu betol2 sukekan kita atau saja nk jaga hati kita nie....kadang-kadang ada org terpaksa jadi hipokrit @ saja buat2 suka kt kita sbb nk jaga hati n perasaan kita...tp bagi aku lak org tu suke @ tak tu dia punyer pasal la...jnji jgn kacau hidup aku...aku dgn cara hidup aku dan org yg xsukekan aku tu dgn cara hidup dia.....renung-renungkan,,,,,,,,,,,

MaSaLAh Oh MaSaLaH

askum...
ape la nk buat...asyik ditimpa masalah jer...rasa mcm nk lari jauh jer dari semua org....dah hilang satu masalah dtg lg satu masalah....arghhhhhhhhhhh tension tol aku....dah rasa mcm nk terjun bangunan jer.....ya allah tabahkan lah hatiku untuk menempuh dugaan darimu dan untuk mengharungi semua dugaan di dalam dunia ini...aminnnnnnn

Khamis, 5 Mei 2011

WhEn YoU LoVe SoMEoNe

You’ll do anything.
You’ll do all the crazy things
That you can’t explain.
You’ll fly to the moon,
or reach for the sun
When you love someone.
You’ll deny the truth,
believe the lies.
There will be times that you believe
you can really fly.
But your life has really just begun
when you love someone.
When you love someone and feel it deep inside,and nothing else could ever change your mind.
When you want someone,
when you need someone,
When you love someone,
you’ll sacrifice.
Give everything you’ve got.
You won’t think twice.
You risk it all.
No matter what the cost
When you love someone.
You’ll fly to the moon
and touch the sun
when you love someone

MeNciNtAi DaN DiCiNtAi

Kebahagiaan bukanlah sesuatu yang mudah kita kecapi, apatah lagi
sekiranya kita mengimpikan kebahagiaan yang sejati sepanjang hidup.
Ianya amat sukar, namun bukan bererti tiada langsung peluang untuk
kita gapai…..
Apabila kita bertemu dengan insan yang benar-benar kita sayangi dan
kita mengharapkan seribu kebahagiaan yang mungkin kita perolehi
daripadanya, mungkin suatu hari nanti dia akan berpaling dan
mengecewakan hati kita. Namun, apabila kita dianugerahkan dengan
kehadiran seorang insan yang benar-benar menyayangi dan luhur
kasihnya pada kita…apa mungkinkah kita juga akan kasih dan sayang
akan dirinya?? Bagaimanakah pula nanti sekiranya kita
mengecewakannya? ?
Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur, akan lumrah alam
percintaan. Pilihan terletak ditangan kita sendiri. Tanyalah pada
sang hati, jangan pula ditanya sang selera atau sang nafsu, kerana
keduanya hanya memberi janji palsu kepada kamu kelak
Tentukanlah pilihan yang kamu pasti bisa jalaninya…Bak kata
pepatah, “Kalau tidak sanggup dilanda ombak, jangan sesekali berumah
di tepi pantai “. Ertinya, andainya anda tidak sanggup menghadapi
cabaran jangan sesekali berani mengambil risiko.
Keinginan dan apa jua permintaan kita pasti dituruti apabila
kita memilih untuk disayangi oleh seseorang. Setiap masa dan ketika,
hanya akan ada bayangan kita di dalam benak si pencinta So? Anda
mahukan layanan sebegitu? Kalau sudah terdetik kata dihati, “bagus
juga disayangi macam ni…..” , teruskanlah dengan pilihan yang ini…
Namun, andai kata hati berkata “Boleh ke aku hidup dengan dia??” ,
Maka hentikanlah daripada terus menerima pilihan untuk disayangi
Khuatir nanti, suatu ketika kita akan mengecewakan hati si pencinta
pula…
Andai terdetik dihati untuk mencintai seseorang yang belum
pasti menyayangi kamu sepenuhnya dan belum tentu lagi kamu akan
tersenarai dalam “list” pilihan hidupnya, bersiap sedialah teman-
teman!!! Hahaha…
Akan ada beribu rintangan di hadapan kamu nanti yang sedia menanti .
Namun, andainya kamu jenis yang berani mati demi mempertahankan
cinta, teruskanlah dengan pilihan kamu. Teruskanlah dengan
pengorbananmu itu dan rebutlah cinta yang kamu impikan…..InsyaAllah ,
ada cahaya yang menanti dihujung perjalanan kamu kelak
Tiada siapa yang berhak menetapkan pilihan hati kamu, semuanya
berbalik kepada diri kamu sendiri…namun, sedikit tips daripada
saya dan inilah juga yang saya pegang setiap kali terjerat dengan
cinta…
“Ikhlaslah bila menerima cinta seseorang yang benar-benar cintakan
kita, dan janganlah pula berlebihan mencintai seseorang yang kita
belum pasti cintanya untuk kita, dan jangan melebihi cintakan yang
lain daripada cinta kita pada yang di Atas dan diri kita sendiri “….

10 PeTaNdA Si DiA JoDoH AnDa

1. Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
2. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

3. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
4. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
5. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

6. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
7. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
8. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
9. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
10. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan

AbOuT LoVe

To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”, not “where are you’
but “I’m right here”, not “how could
you” but “I understand”, not “I wish
you were”, but “I’m thankful you are.”
To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.
To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebody
else’s “perfect person.” It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.
To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.
To My Friends Who Are…NAIVE
H ow to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.
To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found where it
does not truly exist, nor can it be
hidden where it truly does. Love is
magic. The more we hide it, the more
it shows; the more you suppress it,
the more it grows.
*To My Friends Who
Are…PLAYBOY /GIRL TYPE
*Never say I love if you don’t care.
Never talk about feelings if they
aren’t there. Never touch a life if
you mean to break a heart. Never look
in the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to a
girl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.
To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.
To My Friends Who Are…AFRAID TO
CONFESS
Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.
To My Friends Who Are…STILL HOLDING
ON
A sad thing about life is that when
you meet someone who means a lot to
you, only to find out in the end that
it was never bound to be and we just
have to let go.
To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it would come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often times it
hurts, but love’s only special when
you give it to someone who is worth
it. So take your time and choose the
best!
Three things never return:
the past, the neglected opportunity,
and the spoken word

TeNTaNg CiNtA

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.


6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

7. Persahabatanbiasany a berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cintabukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.

10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yg sangat menggoncangkan jiwa.

11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.

12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yg mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

15 GaYa TiDo YaNg MeNaRiK



SeKaDaR MeLaWaK SaHaJa.....

Sebelum kahwin & selepas kahwin..

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.


KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa...

nak buat macam mana..? Renungkan la....

mengapa harus bersedih..???

Allah benar janji-Nya..Allah telah menentukan sesuatu..Yang hilang tidak bermakna binasa, yang pergi tidak bermakna kita hilang segala..Kalau kita ukur banyak mana yang Allah ambil dibanding dengan banyak mana yang telah Allah beri kepada kita..

Firman Allah :

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." (Surah Ibrahim : 34)

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya, harta yang melimpah ruah..Pandang di sekeliling korang, apa yang kurang..? Takde yang kurang..Rumah, kereta, isteri, anak-anak segalanya cukup..

Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa mesti berdukacita..? Mengapa harus bersedih..? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik..? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain..Tidak mustahil..

Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya..Yakinlah..

Firman Allah :

“Janganlah engkau takut dan janganlah berdukacita." (Surah al-Ankabut : 33)

Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak, penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan ini..Maka dia bersedih dan berdukacita..Jiwanya tertekan, muka muncung je sampai boleh buat gantung hanger..

Mengapa harus bersedih..? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah..? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah..Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidak layak untuk hidup di dunia ini..Masalah yang besar yang tetap kita akan hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan..Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu..

Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak membuat kita tertekan..Anak kita nakal, degil, tak dengar kata, suka melawan dan sebagainya..Bukankah sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berusaha mendidiknya..? Ingatlah, setiap didikan (yang baik) yang kita beri kepada anak kita akan dibalas dengan ganjaran pahala oleh Allah SWT..

Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini selain berdepan dengan hasutan iblis dan syaitan..? Iblis dan syaitan yang sentiasa menghasut kita untuk melakukan kejahatan..Sebab itu mujahadatun nafs (melawan nafsu), melawan iblis dan syaitan itu adalah asas kepada jihad manusia di muka bumi ini..

Iblis telah bersumpah kepada Allah SWT bahawa dia akan menyesatkan anak-anak Adam..Mereka akan berusaha untuk melakukannya sepanjang hayat kita..

Masalah yang kita lalui mematangkan pemikiran kita, mendewasakan kita..Akhirnya orang yang sudah banyak lalui masalah akan menjadi manusia yang tenang kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi..

Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah, kita mesti terus berusaha, hanya Allah yang menentukan segalanya..

KeCaWa CiNtA

Assalamualaikum..

Apabila cintaku bersumpah yg sesuatu itu benar, aku percaya sungguhpun aku tahu ia berdusta..

frust dlm cinta..anda pernah melaluinya?? siapa yg pernah alaminya, pasti tau betapa ia perit. 'sakit yg paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas'.. benarkah? (jgn beritahu sy yg sakit apabila bersalin lebih perit atau seumpamanya..ini dalam scope cinta manusia)..

pernah sy terbaca bahawa PUTUS CINTA adalah bukti xde cinta sejati kecuali cinta yg diasaskan oleh cinta Allah. pelbagai alasan apabila si dia ingin memutuskan cinta..

common reasons:
1. hadirnya org ketiga
2. halangan dr org tua
3. jemu setelah sekian lama

ketika ni lupa lah semua sumpah setia, lafaz sehidup semati,& surat aku janji (mcm nak masuk U tuh). malah dia yg kita cintai seperti tidak pernah kita kenali. berlainan sungguh.

kita kecewa. menangis sana sini, sedaya upaya mencari punca, ilang semangat utk hidup & rase gulap gulita dunia ini. malah ada yg sanggup bunuh diri.. benarlah kata pujangga 'Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yg dicintainya' nauzubillah..

teringat sy pd sebuah kisah, sesetengah ahli sufi melewati seorang lelaki yg sedang menangis di kubur, lalu dia bertanya tentang sbbnya.. jawap lelaki tadi, 'sesungguhnya kekasihku telah meninggal dunia.'.. ahli sufi tadi menjawap 'sebenarnya engkau telah menzalimi dirimu sendiri dgn mencintai kekasih yg mati. Jikalau engkau mencintai kekasih yg tidak akan mati nescaya engkau tidak akan tersiksa dgn perpisahan..'

sesungguhnya putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya malah satu permulaan yg baik jika ia ditangani dgn positif. memg pd mulanya terasa berat beban yg dipikul tetapi kita masih punyai Allah..semuanya dr Allah.

sy pernah melaluinya. betapa bodoh (mungkin juga berbakul2) kerana merayu cinta manusia. lantas sy lepaskan dia pergi (setelah hampir 2 bulan mencari penyelesaian). kerana sy yakin jika dia adalah hadiah cinta dr Allah utk sy nikmati di dunia, maka Allah akn kembalikan dia kpd sy..

"ada sesuatu perkara yg kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kpd kamu. ada pula sesuatu perkara yg kamu benci tetapi ia membawa kebaikan kepada kamu. sedarlah, kamu tidak mengetahui, Allah-lah yg lebih mengetahui' (Al-Baqarah:216)

Ana billah walillah ma'allah.
Wsalam.

fokus

sapa kata dok umah boring??? sapa kata cuti ni membosankan??

1. study untuk december exam.
2. Layan magic sampai lebam
3. Petik gitar sampai tangan bengkak
4. wat sale sampai stock habis
5. pikir pasqal masa depan
6. baca novel
7. tido
8. layan drama korea
9. makan buang makan buang
10. tangkap rama-rama
11. main buih-buih sabun
12. sembang ngan arnab
13. main kejar-kejar ngan kucing
14. melalak karaoke sorang2 dalam bilik
16. update blog dengan kelajuan internet yang sangat-sangat laju
17. facebook
18. layan drama chenta
19. Wanita hari ini, nona dan melodi
20. pos barang beli barang
21. chatting ngan supplier2 dari China
22. kira kereta lalu depan rumah
23. lepak kedai burger
24. beli bawang, tepung, minyak, gas, lilin.
25. Lupa nak taruk no 15...
26. banyak lagi... malas nak tulis.. masa gua amat berharga masa cuti ni.. so, tak leh tulis lama2.. byk lagi mende nak kena wat..

HaPPy MoTHeR dAy

ya allah wanita yg membaca ini adalah wanita yg cantik,kuat,berhati mulia & aku menyanyanginya.tolong murahkan rezeki & tingkatkan kehidupannya.begitupon jika dia melangkah selamatkan dia kerana aku sgt menyanyanginya....aminnnnnnnnnnnn
selamat hari ibu kepada semua ibu terutama nya kepada ibu ku yg tercinta....i love u mum....(8-mei-2011)


my lovely mum

Rabu, 4 Mei 2011

diari seorang lelaki

Akhirnya semuanya terungkai juga.... sebelum ni mmg ramai yg bertanya2 siapa, dan ada yg main agak2 dan sememangnya jangkaan mereka itu betul... cuma sebelum ini mungkin lebih selesa berahsia... ( wah, macam artis lu mat )

6 bulan lepas, terjawab lah sudah segala persoalan mereka semua siapa... setelah gmbr di FB menjadi jawapan kepada semua persoalan itu...

namun, bila orang bertanya kitorg couple ke.... jawapan kami mudah.. kami tak couple.. kerana didalam Islam tak ada couple2 ni kan... dan bg aku dan dia juga serupa.. couple itu cuma satu istilah... sama seperti istilah teman istimewa, in relationship dan lain2... jadi cukuplah dengan jawapan yg cukup jelas.. sudah berpunya..

dan aku juga sebenrnya lebih selesah dengan hubungan sebegini, satu hubungan yg lebih ke pada perancangan masa depan, tak keluar berpegang-pegang tangan sebelum ikatan sah, dan menjalani kehidupan yang lebih matang... walaupun masih sedikit gila-gila ( aku lah yg gila-gila )

dan tentang ikatan juga, hubungan juga... balik beberapa hari lepas, tatkala berbicara sama mak aku, aku bertanya satu soalan tentang perlukah beri cincin semasa bertunang atau merisik atau melamar.. jawapan mak aku ringkas dan aku sangat fahami... jika ikut adat melayu, perlu bagi.. tapi sekadar simbolik.. satu simbolik yg sudah punya ikatan.. kira betul lah macam dia cakap dulu... kira cincin booking lah ye...

dan aku setuju dengan mak aku dan si dia... jadi, cincin di jarinya itu hanyalah satu simbolik yang kelihatan.. selebihnya adalah soal hati

ya, selebihnya soal hati.. bukan sekadar istilah perhubungan itu...

Gelagat anak saudara aku time ambik gambar





Selasa, 3 Mei 2011

Aku sayang kamu

Credit: Google

Aku Sayang Kamu, Aku Cinta Dia

Dalam meniti arus percintaan
Aku terperangkap
Dalam mainan hatiku
Dalam mainan takdir

Kerana takdir aku berpisah dengannya
Kerana takdir jua aku bertemu kamu
Tapi hati aku masih keliru
Kerana aku rasa
Aku sayang kamu, tapi aku cinta dia

Maafkan aku kerana…
Aku masih menyintai dia
Aku masih menyingati dia
Aku masih berhubung dengan dia
Aku masih merindui dia
Aku tahu takdir telah tersurat
Dia bukan milikku
Dia hanya kenangan silamku
Dan Kamu adalah hidupku kini
Cuma aku belum pasti dengan hatiku sendiri

Beriku masa, beriku ruang
Untuk mencari sejauhmana
Hatiku menyayangi kamu
Menyintai kamu
Tolong fahamiku….sayang

Engkaukah pilihan hatiku

Credit: Google

Engkaukah Pilihan Hatiku

Dulu aku kecewa
Bila cinta pertamaku pergi
Pergi jauh tanpa menoleh lagi
Meninggalkan kenangan indah & duka


Kini cinta kedua muncul
Menyapa lembut hatiku
Cuba memiliki cintaku
Namun payahku menerimanya


Tapi kegigihannya
Kejujuran & keikhlasan hatinya
Serba sedikit mencuri hatiku
Aku mula menyayanginya


Adakah dia pilihan hatiku
Aku masih mencari dia dihatiku
Mencari benih cinta yang tersembunyi
Sayang ada, cinta aku tak pasti


Aku masih perlukan ruang
Perlu masa untuk kepastian
Moga Tuhan memberi panduan
Dalam arah pilihan hidupku

my Hop3

Ku harap...
PagiMu memberi sejuta makna bagiku
Ku harap...
PagiMu menganugerahkan secangkir senyuman buatku
Ku harap...
SiangMu mengungkapkan segala isi hatiku
Ku harap...
SenjaMu menguntaikan segala kekalutan gelora hatiku
Ku harap...
MalamMu umpama mimpi-mimpi indah buatku
Ku harap...
MalamMu mengerti satu persatu tangisan benakku
Ku harap...
DinginMu merealisasikan apa yang tersirat di hatiku
Ku harap...
Hari-hariMu umpama tangga untuk menggapai bintang-bintang yang memangilku
Ku harap...
Kau yang Satu sentiasa menaburkan mutiara-mutiara jernih yang bisa menyejukkan batinku
Ku harap...
TuntunanMu buatku sentiasa dalam redhaMu

renungkan sedalam-dalam nya

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang.Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

“Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.”

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia2nya.Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin keranaperasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tibama sanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..Rupa2nya..
Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

Makna cinta

Salam sume..salam rabu yg indah ini...

Cinta..satu perkara yang sering kite alami...tak semestinya cinta kpd kekasih tetapi juga cinta kpd sesama manusia, haiwan, alam sekitar dan lain2 lagi...dan definisi cinta itu berbeza bagi setiap individu...bagi sesetengah org seperti aku ni..cinta itu ialah perasaan saling sayang-menyayangi di antara pasangan dan kesetiaan terhadap pasangan..cinta juga bermakna rasa saling percaya dan menghormati pendapat juga perasaan pasangan kita..kalau dalam satu perhubungan tu takde perasaan menghormati dan mempercayai maka musnahlah suatu hubungan..sayangkan kalau perhubungan tu dah lama tapi akhirnya berkecai camtu je..sebabnye tak menghormati dam mempercayai pasangan..tpi kalau terlebih percaya pun susah gak..kekadang de segelintir yang megambil kesempatan ke atas kepercayaan yang pasangannya berikan..tpi tak sume camtu=)...cuma kite kenalah berpada2...kekadang terlintas gak kat fikiran ni...nape de pasangan yang boleh berkekalan sehingga ke jinjang pelamin...dan aku rasa untuk mengekalkan hubungan tu adalah dengan cara komunikasi yang positif bukannya negatif seperti bergaduh...komunikasi yang positif sangat penting dlm hubungan..dan cara ni kite dpt mgenali dan memahami keadaan pasangan kite..so dr situ tak timbullah salah paham yang boleh menyebabkan pertengkaran yang akhirnya memusnahkan perhubungan itu sendiri..
Cemburu juga kekadang leh mendatangkn keburukan kpd perhubungan..memang org dolu2 ckp cemburu itu tandanya sayang...tpi awas jgn sampai kite jadi cemburu buta..cemburu buta tu la mjdi punca kpd pertengkaran..selidik dahulu pe yang berlaku sebelum kite nak menuduh pasangan krn tuduh menuduh 2 hanya menambahkn keruh dlm hbungan itu sndiri.

So..kalau kite dh jatuh cinta maka kite kena lah ekspresikan perasaan kite 2 kat pasangan kite..buatlah diri mereka dihargai dan rasa disayangi...nescaya hbungan kite akn berkekalan...amiin..

"Cinta dtg tnpa di undang kdatagannya..Cinta dtg bgtu mudah...Tp ia nya memberi kesan kpd yg mngalaminya..kesan baik dan buruk 2 dr yg mmiliki cnta itu/trplg kpd mereka yg mngaplikasikn makna sbuah prcintaan 2"

pergi deerland lagi




rusa nie kontrol macho time aku ambik gambar dia


cantik x hidung dia?hahahahaha



geli dowh aku punyer tengkuk..huhuhhu



besar tuuuuuu....


beruang pon pandai bersila time nk mkn....



seronok dpt bergambar dgn beruang


siap leh bergambar dgn beruang lg tuuuu