Khamis, 5 Mei 2011

KeCaWa CiNtA

Assalamualaikum..

Apabila cintaku bersumpah yg sesuatu itu benar, aku percaya sungguhpun aku tahu ia berdusta..

frust dlm cinta..anda pernah melaluinya?? siapa yg pernah alaminya, pasti tau betapa ia perit. 'sakit yg paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas'.. benarkah? (jgn beritahu sy yg sakit apabila bersalin lebih perit atau seumpamanya..ini dalam scope cinta manusia)..

pernah sy terbaca bahawa PUTUS CINTA adalah bukti xde cinta sejati kecuali cinta yg diasaskan oleh cinta Allah. pelbagai alasan apabila si dia ingin memutuskan cinta..

common reasons:
1. hadirnya org ketiga
2. halangan dr org tua
3. jemu setelah sekian lama

ketika ni lupa lah semua sumpah setia, lafaz sehidup semati,& surat aku janji (mcm nak masuk U tuh). malah dia yg kita cintai seperti tidak pernah kita kenali. berlainan sungguh.

kita kecewa. menangis sana sini, sedaya upaya mencari punca, ilang semangat utk hidup & rase gulap gulita dunia ini. malah ada yg sanggup bunuh diri.. benarlah kata pujangga 'Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yg dicintainya' nauzubillah..

teringat sy pd sebuah kisah, sesetengah ahli sufi melewati seorang lelaki yg sedang menangis di kubur, lalu dia bertanya tentang sbbnya.. jawap lelaki tadi, 'sesungguhnya kekasihku telah meninggal dunia.'.. ahli sufi tadi menjawap 'sebenarnya engkau telah menzalimi dirimu sendiri dgn mencintai kekasih yg mati. Jikalau engkau mencintai kekasih yg tidak akan mati nescaya engkau tidak akan tersiksa dgn perpisahan..'

sesungguhnya putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya malah satu permulaan yg baik jika ia ditangani dgn positif. memg pd mulanya terasa berat beban yg dipikul tetapi kita masih punyai Allah..semuanya dr Allah.

sy pernah melaluinya. betapa bodoh (mungkin juga berbakul2) kerana merayu cinta manusia. lantas sy lepaskan dia pergi (setelah hampir 2 bulan mencari penyelesaian). kerana sy yakin jika dia adalah hadiah cinta dr Allah utk sy nikmati di dunia, maka Allah akn kembalikan dia kpd sy..

"ada sesuatu perkara yg kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kpd kamu. ada pula sesuatu perkara yg kamu benci tetapi ia membawa kebaikan kepada kamu. sedarlah, kamu tidak mengetahui, Allah-lah yg lebih mengetahui' (Al-Baqarah:216)

Ana billah walillah ma'allah.
Wsalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan