Sabtu, 29 Disember 2012

P.E.R.E.M.P.UA.N


Perempuan bukan spt tayar.. Rosak CEPAT CEPAT ganti baru...

Perempuan bukan spt stereng.. Semua org boleh pegang2 pusing2.. Siap brTukar tgn...

Perempuan bkn seperti radio.. Sekadar hobi untuk di dgr atau boring2 bru nk bukak...

Perempuan bukan spt viper... Mse hujan baru nk switch on... Pau duit die sampai kering lps tu blah..!! Utk kpentingan diri..

Perempuan bkn spt signal.. Nak belok baru turn on.. TIME NAK BERJIMAK BARU NAK BEBAIK... ibarat Dah jmpe jln yg btul.. signal kemana ape ke mne...

Perempuan bkn spt minyak hitam.. Dah pekat.. Jalan jauh.. Service then buang...

TAPI PEREMPUAN ADALAH BUMBUNG.. Yang senantiasa menjadi pelindung kpd hujan dan panas... Sggup mnahan dirinya spt LILIN demi suami & anak2 dan keluarga...

Blasah je aku reka ayat camni.. Muahahaha.

Khamis, 27 Disember 2012

Utk Yang Bersedih


Beramalah kerana Allah, agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang menghalang jalanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.


Wahai jiwa yang sedang layu…Panjangkanlah sujudmu di malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi. Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala resahmu. Sebab dialah yang memiliki jawapannya.Wahai jiwa yang sedang dirundung gelisah…Jangan pernah berhenti mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan. Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.Untukmu yang sedang luka..Jangan pernah engkau hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.Hai pemilik hati yang patah..“…yang kau sayang selalu sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu. Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!Kawanku yang dicintai Allah..Hidup ini hanyalah permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan membuatkan mu jauh dari rasa syukur

Pilihan & Kesempatan

Ketika bertemu seseorang yang membuat kita tertarik,maka itu BUKAN PILIHAN,tapi itu adalah KESEMPATAN.
Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut dengan segala kekurangannya,
maka itu BUKAN KESEMPATAN,tapi itu adalah PILIHAN.

Ketika kita memilih bersama seseorang walau apapun yang terjadi,
bahkan di saat kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai,lebih kaya daripada pasangan kita,dan tetap memilih untuk mencintainya, maka itu BUKAN KESEMPATAN,tapi itu adalah PILIHAN.
Perasaan cinta, simpati,dan tertarik datang sebagai KESEMPATAN dalam hidup,
tetapi cinta yang dewasa, mencintai dengan komitmen di hadapan Allah dan manusia adalah PILIHAN.
Mungkin KESEMPATAN mempertemukan kita dengan pasangan jiwa,
tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa adalah PILIHAN yang harus kita pertanggungjawabkan dihadapan Allah Swt..
Kita berada didunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai,
tetapi untuk BELAJAR mencintai orang yang belum sempurna agar keberadaan kita mampu menyempurnakan ketidaksempurnaanya.
Mari kita BELAJAR mencintai dan menyayangi pasangan kita yang belum sempurna dengan cara yang sempurna,
kerana tulang rusuk kita adalah pasangan kita, belahan jiwa kita agar kita pun menjadi insan yg sempurna di hadapan Allah.

Takdir yang mempertemukan dengan pasangan kita dan rancangan yang indahpun telah disiapkan oleh-Nya..

Curahan rasa

Aku terdiam dipenghujung harap yang kian mengikis..

Terpaku disudut ruang tak bercahaya, ruang pun tiada..

Kebisuan melenakan anganku dalam benak tak beruang..Kini kuhanya sanggup 

menatap kosong, sebagai pemerhati yang tak pandai memahami..

Siapa aku, kini...!!

Keangkuhan hidup macam apa yang telah terlihat..

Tak cukupkah membenamkan hati lalu palu akhir menghantam tiap sisi jiwa..

Hingga jasadku terhampar antara bernafas tak bernyawa..

Lalu.. adakah ubat hati tuk jiwa yang hampir mati..

Sedangkan ketabahan semakin menyusut , dan keputus asaan kini merajai diri..

Haruskah kuterperuk dalam kesia-siaan ??

Sampaikan jerit amarah pada keajaipan


Haruskah sebuah mimpi ,padam akibat garis kehidupan ??

BAGI YANG MENGERTI



Kenangan itu sungguh pahit untuk dilupakan, sungguh perit untuk dilalui,
sungguh sakit untuk dihadapi...

Wahai diri, itulah ujian kehidupan..
Terimalah hakikat bahawasanya dunia ini Allah ciptakan bukanlah untuk menjanjikan kehidupan yang mudah.
Tetapi Allah berjanji untuk memudahkan jalan bagi mereka yang cuba merubah nasib mereka sendiri.

Duhai diri.. Jangan bersedih..
Andai waktu-waktu yang lalu Allah membantu mu untuk terus berpijak,
di hari ini dan di masa-masa akan datang juga Allah tetap akan berada bersama dengan dirimu mencipta kejayaan dan membina kehidupan yang bermakna.
Asal saja kau terus yakin pada ketentuan dan kekuasaan Allah.

Sesungguhnya,
setiap sesuatu yang Allah ciptakan itu bersebab.
Dan jangan sesekali iri dengan kebahagiaan yang dikecapi orang lain..
Biarlah mereka bergelak ketawa sesuka hati mereka, kerana hidup ini bukanlah selamanya indah.
Mungkin hari ini hari untuk mereka, namun masa akan datang belum menjanjikan apa-apa.
Duhai hati, jangan bersedih, ingatlah nikmat Allah kepadamu yang Dia kurniakan di sepanjang hidupmu..
Andai seisi lautan dijadikan tinta untuk menulis nikmat-nikmat Allah kepadamu, nescaya tidak akan mencukupi..

Wahai Allah, aku bersedih dengan ujian ini.
Namun ya Allah,
aku yakin Engkau tidak akan meninggalkan aku bersendirian. Sesungguhnya,
Engkau adalah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..
Lagi maha bijaksana.
Seandainya Engkau mentakdirkan sesuatu,
tidak sesekali Engkau akan membiarkannya begitu saja..

Wahai diri..
carilah kembali hatimu yang retak, serahkanlah kepada Allah nescaya Allah akan menampalnya kembali.
Janganlah dikau menyerahkan hatimu yang retak itu kepada manusia,
kerana manusia hanya akan menambahkan retaknya hatimu.

Duhai diri,
lingkungan kehidupanmu memerlukan manusia lain..
Namun, engkau harus memilih manusia-manusia yang ingin masuk ke dalam kehidupanmu.
Namun ingatlah, tiap seseorang yang berjalan masuk ke dalam kehidupan kita itu adalah perencanaan dari Allah, sudah tentu Allah ingin memberikan hikmah dan ilmu dari mereka kepadamu.
Hargailah kehidupanmu, kerana kehidupan ini adalah nikmat Allah.
Biarlah bersederhana, asalkan ada keberkatan di dalamnya.
Kehidupan yang diberkati bukanlah bermaksud sentiasa gembira dan dikelilingi dengan manusia yang ramai, tetapi kehidupan yang diberkati adalah kehidupan yang sentiasa berbahagia dengan ujian dan nikmat yang silih berganti..

Duhai hati, bersabarlah..
Ingatlah Allah sebanyak-banyaknya, kerana dirimu yang sakit hanya akan bisa sembuh dengan kembali kepada Allah.
Lepaskanlah segala yang menyakitimu, bebaskanlah dirimu dari belenggu yang menyedihkan, dan berusahalah untuk redha, kerana redha itu adalah ubat bagi segala penyakit.

Untukmu diri..
fizikal ku akan berusaha untuk mengubati rohaniku..
Wahai hati, bersabarlah..
sebentar lagi lukamu akan sembuh dengan izin Allah..

InsyaAllah....

Salahkan Apabila Ada Perasaan Cinta?



Salahkan Apabila Ada Perasaan Cinta?

Cinta satu istilah yang lahir dari perasaan antara seseorang kepada seseorang yang lain. Tanpacinta tidak akan wujud manusia dan keturunannya di atas muka bumi ini. Ada berbagai jenis cinta  : Cinta Allah kepada hambanya, cinta antara ibu bapa dan anak-anaknya, cinta antara suami dan isteri dan begitu juga cintaantara pasangan kekasih.

Cinta antara kekasih sering dipandang serong oleh kebanyakan orang sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Bukan nak membela tetapi ingin memberi pandangan dari sudut yang berbeza.
Cinta satu naluri semulajadi yang diciptakan oleh Allah kepada hambanya. Apabila Allah ciptakan ia sudah tentu ada hikmah dan rahsia disebaliknya. Antara yang boleh dilihat ialah dapat memberi kelangsungan kepada kewujudan umat manusia hingga hari kiamat. Namun ada suara yang mengharamkan seratus peratus hubungan cinta antara pasangan kekasih ini.
Firman Allah S.W.T :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة والانعام والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا والله عنده حسن المآب

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).

Janganlah dikatakan kepada orang biasa bahkan yang berjubah serban pun ada perasaan ini. Mengapa hendak disembunyikan perasaan tersebut? ianya perlu diterjemahkan. Tetapi hendaklah dengan cara yang betul. Bukannya dengan cara yang mungkar.
Jika anda sukakan kepada seseorang, sudah tentu ada sesuatu yang menjadikan anda meminati si dia. Jadi langkah yang anda  perlu lakukan adalah :
1) Merisik latar belakang dirinya.
2)Menyatakan anda suka kepadanya samaada secara sendiri atau melalui rakan.
3) saling mengambil berat antara satu sama lain(Moga tabiat ini berterusan selepas kahwin)
4) Jika sudah cukup bersedia dari segi kewangan dan seumpamanya, masuklah meminang dan cepat-cepat kahwin. Jika tak bersedia lagi, ikatlah dulu tali pertunangan kerana itu lebih mententeramkan jiwa. Tangguh lama-lama perkahwinan pun ada masalahnya juga.
5)sepanjang bertunang jangan sesekali berdating sebab ada yang ketiga sedang menghasut. bahaya tu.
Itulah langkah yang betul bukannya bawa ke hulu – ke hilir membonceng motosikal macam dah kahwin. Orang yang dah kahwin pun tak buat macam tu.

Jangan nafikan perasaan cinta kepada orang yang anda suka. Jika anda nafikan, anda telah melawan fitrah yang ada dalam diri anda. Alir sungai jangan disekat kerana bahayanya lebih buruk kerana air yang disekat itu akan melimpah ke tebing dan berisiko merobohkan benteng yang menghalangnya. Adalah lebih baik alirannya dialihkan sedikit melalui laluan baru iaitulah laluan syariat.

Akhir sekali jangan berkahwin tanpa melihat bakal pasangan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh orang tua-tua dulu. Nabi telah menyuruh kita melihat bakal isteri kita terlebih dahulu iaitu pada tangan dan wajahnya kerana pada tangan ada tanda kesuburan dan pada wajah ada tanda kecantikan. Sebaiknya biar wakil kita melihatnya tanpa pengetahuan dirinya demi mengelakkan kekecewaan jika berlaku penolakkan dari kita.

p/s- Pandangan ini hanya sesuai untuk golongan dewasa bukannya untuk remaja yang masih bersekolah.

Diam Diri Ini


Diamnya diri ini bukan bererti membenci dirimu,
Diamnya diri ini bukan bererti berdendam sampai ke mati,
Diamnya diri ini bukan untuk mengatakan diri ini betul atau bersalah,
Diamnya diri ini bukan untuk menyatakan bahawa kamu salah atau kamu betul..
Diam bukan kerna dendam,
Diam bukan kerna hati yang telah dilukai,
Diam ini untuk mengelakkan berkata-kata pada sesuatu perkataan yang tak sewajarnya yang bisa mengguriskan hati dan perasaan insan

Diamnya diri ini untuk sentiasa sedar dan kenal siapa diri ini,
Diamnya diri ini agar sentiasa peka pada persekitaran
Diamnya diri ini agar selalu sedar dari kelalaian dan kealpaan diri
Diamnya diri ini bukan untuk menagih simpati
Diamnya diri ini untuk sentiasa menilai diri yang serba kekurangan

Sesungguhnya diri ini sentiasa sedar dimana selayaknya waktu dan saatnya untuk
berkata-kata agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan pada segala kemusykilan

Kemaafan itu satu dendam yang terindah, namun parutnya masih tersisa dalam kenangan dan ingatan.. :'(

Tentang Hati

Dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati 

kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita 

berserabut dan penuh kebencian.. 

Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, 


tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiap kali 

kita bertembung wajah dengan mereka..

Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan 


sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.

Ya,

inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan 

hidup kita, lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu 

menyikapinya dengan betul.

Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini,

walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai ?

Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-

orang yang begitu hampir dengan kita ?

sepi


Ya Allah..
Ku bersyukur atas kurniaanmu.. Kehadirannya dalam hidupku cukup bererti..ternyata tiada lg goresan hati yg menyakiti.. sebaliknya tersemat indah segala memori..yang dulunya luka yang kininya berseri2.. Ku akui, ku dilamun cinta lagi..

Ya Allah..
Dialah pelusuk kbahagiaanku..dialah kesejahteraan segenap cinta yang bertamu..dialah senjata yang menusuk halus ruang kalbuku..dialah jua kesayanganku..

Ya Allah..
Telah kukunci rapi seluruh sudut di hati..telah gagah ku pagari penjuru rindu dari ditamu lagi..penat lelah ku sangkarkan segala rindu yang kemuncaknya tertinggi..namun ku gagal membohongi kerapuhan persada hati..

Ya Allah..
Hanya padaMu tempat ku berk0ngsi sepi.. Hanya padaMu ku taruh harapan agar cinta ini semakin bersemi..justeru itu aku pasrah..walau sehebat mana aku merancang, walau sekuat mana aku sempurnakan.. Sesungguhnya perancanganmu adalah lbh baik..
Ku redha jika cintaku bertemuMu hadir terlebih dahulu berbanding cintaku kepada manusia..
Hanya padaMu ya Allah ku selitkan segala tangisan dan rintihan

apakah erti semua ini

kau sia siakan aku
setelah kau jerat aku dengan cintamu
kau hidup dengan duniamu
aku seakan tak ada di
hadapanmu

kisah ini terasa hambar di jalani
tak ada rajutan harapan
sering kau katakan cinta
tapi tak ada jiwa di dalamnya
yang kau hantarkan hanya kalimat kosong

kesabaranku telah di titik nadir
rinduku perlahan sirna
cintaku telah memudar
penantianku hanya setengah hati

kau ingin hidup dengan
duniamu tanpa hadirku
silakan….aku tak memaksa
tapi lepas cintaku jangan kau buat aku terombang ambing

atau aku yang akan melepas cintamu tanpa keraguan
saat ini ku sedang sendiri
merenung kisah yang sedang di jalani.

Sabtu, 1 Disember 2012



"Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai.
Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki.
Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai.
Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah.
 Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang,
Tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang.
Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah,
Yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai?


Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah.
Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah,
kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan,
 Kepada kita pada setiap hembusan nafas,
Pada setiap detik kehidupan yang kita lalui.
Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita,
Kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

ANDAI KAMU INGIN MEMBERI CINTA


Photo credit: under30ceo.com

ANDAI KAMU
INGIN MEMBERI CINTA
 

CINTA. Istilah ini amat popular. Ia mudah dikata tetapi sukar dimengerti. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. Ada getaran di suara apabila menyebutnya, ada gambaran indah di layar minda apabila mengingatinya dan ada perasaan berbunga di hati tatkala menghayatinya.

Cinta boleh menjadi istilah yang paling disukai. Atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta. Namun ia juga sering disalah tanggap kerana cinta biasanya dikaitkan dengan cinta lelaki dan perempuan yang mengasyikkan. Dalam ertikata lain, cinta di alam remaja yang disebut sebagai cintan-cintun.

Tetapi, apabila ruanglingkup cinta itu diperluaskan, kita akan dapati cinta itu mencakupi cinta anak kepada ibubapanya, kepada isteri atau suami, kepada sahabat, alam, kampung, negeri, negara dan yang paling mutlak dan hak ialah cinta kepada al-Khaliq iaitu ALLAH SWT.

Dalam pada itu, oleh kerana mudahnya istilah cinta ini disebut-sebut, ia seolah-olah sesuatu yang begitu mudah dicurahkan. Bahkan, adakalanya ia menjadi begitu murah. Kerana apa? Kerana pada pelbagai ketika dan keadaan, kita sebenarnya tidak menyintai apa atau siapa yang kita cinta. Ia berlaku apabila kita tidak mengerti perasaan kita sendiri akibat tidak menyelami sanubari.

Ini terjadi apabila kita menyintai kerana terikut-ikut dengan dunia cinta orang lain. Cinta ikut-ikutan ialah apabila kita turut bercinta semata-mata kerana kita lihat orang lain bercinta. Pendek kata kerana kita tidak mahu ketinggalan. Kita menyukai sesuatu kerana lihat orang lain suka. Kalau orang lain ada kekasih, kita pun mahu kekasih sedangkan kita belum bersedia untuk menyintai.

Kalau orang lain menggilai gajet komunikasi seperti Blackberry, kita pun turut suka walaupun kita hanya gunakan alat-alat itu untuk kegunaan asas seperti menelefon dan mengirim teks sahaja. Bila kita tidak gunakan sepenuhnya fungsi e-mel, PDA, internet, musik dan video dalam Blackberry seperti mereka, itu hanya cinta ikut-ikutan. Kalau kita katakan yang kita cinta pada alam tetapi hanya dengan menanam sebatang pokok sebagai simbolik, itu belum lagi dinamakan cinta. Cinta ikut-ikutan akan cepat pudar dan membosankan diri kerana ia hanyalah kesukaan luaran. Esok, lusa, kita akan mencari cinta yang lain.

Cinta apabila ‘ada’ juga bukan cinta luhur kerana ia ada kepentingan. Orang kata, ada wang sayang abang, tiada wang abang melayang. Ertinya, cinta itu hanya datang apabila ia memenuhi kehendak kita. Andainya cinta kita tidak dibalas setimpal dengan apa yang diberi, maka ia mudah diketepikan. Cinta pada pasukan bolasepak Malaysia selagi mereka menang tetapi membencinya sekiranya mereka tewas dan melukakan hati kita, itu belum cinta namanya.

Ada kalanya, kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyintai, tapi sebenarnya cinta itu sudah lemau. Oleh kerana ingin menjaga prinsip dan nilai kesetiaan serta tanggungjawab, maka kita memaksa diri. Tanpa disedari juga mungkin kita berlakon suka. Kita boleh temui cinta suami dan isteri yang sudah rutin. Di meja makan restoran, si isteri berSMS dan si suami membaca akhbar. Tanpa senyum-senyuman, tanpa lirik melirik, mereka menghabiskan makan malam dan keluar dari restoran dan melangkah beriringan sedepa jauhnya. Kononnya, mereka sudah makan malam bersama.

Memberi cinta secara ikut-ikutan, cinta tatkala ada dan cinta hingga memaksa diri adalah cinta yang tempang. Ia tidak menyeluruh. Sebaliknya, memberi cinta dan menyintai secara tulus ialah apabila kita menyukai sesuatu kerana perasaan kita sudah jatuh kepadanya. Memberi cinta bukan kerana baiknya, malah menerima keburukannya sebagai satu pakej.

Kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas. Umpama seorang pelukis dengan lukisannya; dia tetap akan menyintai lukisannya meskipun lukisannya tidak boleh membalas cintanya. Memberi cinta yang luhur akan terus kental dan tidak berpaling arah meskipun yang lain datang menguja. Bagai cinta ibu pada si anak, walaupun apa pun cacat celanya anak, si ibu tetap mekar dengan cintanya.

Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya.

Paksi cinta juga mestilah seiring cinta kita kepada ALLAH SWT. Ia bukan memberi cinta kerana ikut-ikutan atau taklid. Ia bukannya menyintai kerana memperoleh hidayah dan hilang cinta apabila menerima musibah. Bukan juga menyintai dengan melakukan ibadah kerana ia tanggungjawab semata-mata. Cinta yang hanya menggunakan akal fikiran dan tidak disertai dengan perasaan telah mengenepikan cirri utama cinta ~ jiwa yang halus tempat asal di mana cinta itu membenihkan bibit-bibitnya.

Hati ini milik Nya


Sungguhlah, hati tu bukan milik kita. Sekeping hati itu meski dalam badan kita, namun tak pernah menjadi yang kita punya. Sekeping hati yang kononnya dikatakan milik kita adalah sebenarnya milik Sang Pencipta. Tak ada satu pun perkara di dunia ini adalah milik kita. Tak pernah ada satu pun perkara di dunia ini yang boleh dikatakan adalah kita punya. Kerana semuanya adalah milik Dia.

Bila hati ini diketuk rindu oleh Dia, aku tak boleh sedikit pun berpaling dan mengatakan tidak. Sebaliknya, hanya airmata menjadi balasan. Oh, jauh rupanya aku sudah meninggalkan-Nya. Terlampau lalai dengan permainan dunia dan bisikan saitan yang menggoda.


Dan ingatlah, semua orang akan mati. Itu janji Allah yang pasti. Memikirkan saat aku akan keseorangan menghadap Penciptaku, aku menggigil ketakutan. Mimikirkan dosa-dosa silam yang entah sudah terampun atau tidak. Memikirkan dangkalnya amalan yang bakal dibawa untuk menebus segala azab seksa dalam kubur nanti. Memikirkan, Allahhhh... Aku tak mampu berfikir sebaliknya hanya menangis. Lemahnya seorang hamba kerdil. Yang tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bertaubat dan menangis. Dan menangis. Dan menangis. Dan menangis lagi...

puisi buat ibu



Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,

Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnya

Percayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

mari layan lagu nie...


10 TaNDa meNunjuKkaN DiA adaLaH JoDoH kiTa




1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang atau selesa bersamaWalaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanyaApapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya MempercayaiSetiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang BekerjasamaBagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”


Cinta Selepas kahwin adalah cinta sejati


Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahwa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahwa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon dan lain-lain.


> Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

> Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.



> `Cinta Sebelum Perkahwinan`

> Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.


> Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.


> Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cintakepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"


> Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.


> Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.


> Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang rtama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.


> Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa :


> " Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"


> "if you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.


> Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing- masing.


> Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepada orang lain 

untuk mu insan yang bernama 'perempuan'

Perempuan y perasan cantik akan menggedik dengan lelaki...
Perempuan y perasan cantik akan suka membuka auratnya...
Perempuan y perasan cantik akan mula mekap tebal-tebal...
Perempuan y perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki...
Perempuan y perasan cantik akan merasakan dirinya paling 'cute'...
Perempuan y perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat...

***

Sedangkan hakikat kecantikan wanita ialah :
Muslimah y cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah y cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah y cantik tidak perlu mekap tebal-tebal,
Muslimah y cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah y cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah y cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi 'kumbang'...






“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim) 
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’
DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat@kawan kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

p/s: sayangilah dan hargailah sahabat kita, sesungguhnya mereka mungkin merupakan sahabat terbaik yang dianugerahkan kepada kita~