Rabu, 1 Jun 2011

pernah rasa seperti tak dihargai!!!!!!

kau pernah rasa tak diperlukan?
kau pernah rasa seperti tak dihargai?
kau pernah rasa seolah dikhianati?
kau pernah rasa hati kau seakan dicucuk-cucuk dan dihiris-hiris?
kau pernah rasa jiwa kau umpama disiat-siat halus?
kau pernah rasa diri kau semacam ditikam bertubi dan dilapah?
kau pernah rasa?
setelah kau korbankan semua,
akhirnya kau cuma dipandang sebelah mata.
atau langsung disisih dibiarkan seorang diri.
seolah kau diikat kaki tangan dan diletak di penjuru bilik yang gelap samar.
yang kau mampu buat cuma melihat orang lain ketawakan nasib kau.
seolah kau terpaksa membenarkan apa yang berlaku tanpa sebarang rasa.
seolah kau langsung tak punya kudrat untuk mengubah apa-apa.
seolah-olah kau manusia dangkal bodoh dungu yang langsung tiada guna.
kau pernah rasa semua tu?
aku bukan mahu ungkit.
cuma mahu kau tahu yang aku bukan malaikat.
cuma mahu kau sedar aku juga manusia.
yang tahu peritnya rasa bila benci datang.
kali ini memang aku betul-betul rasa nak mencarut.
celaka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan