Jumaat, 30 November 2012

idea hilang apa ubatnya


Assalamualaikum.
Idea merupakan salah satu perkara penting dalam berblog. Apabila kita tidak ada idea maka entri tidak dapat dihasilkan. Perkara ini merupakan salah satu penyebab kepada kematian blog. 

Blog mati adalah blog yang dibiarkan tanpa berupdate, macam blog ini. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mengaktifkan otak untuk mengeluarkan idea. Otak juga seperti satu litar elektrik yang sempurna iaitu memerlukan input untuk mendapatkan output. 

Jika kita tidak memberi input kepada otak maka otak tidak dapat menghasilkan output. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan input ini dan salah satunya ialah dengan membaca. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan input. 

Seperti satu litar, otak memerlukan bateri, perintang, diod dan lain-lain untuk berfungsi dengan baik dan teratur. Otak pula memerlukan senaman, makanan dan minuman yang baik untuk berfungsi dengan baik. Tidur yang cukup juga memberi salah satu faktor penting kepada kesihatan otak. 

Kadang-kadang idea itu datang dan pergi seperti angin yang tidak beraturan. Jadi perkara yang paling penting untuk menyimpan idea ini adalah dengan mencatitnya dengan cara yang mudah. Contohnya pada telefon bimbit, memang tidak logik jika dikatakan seseorang itu tidak mempunyai telefon bimbit pada zaman sekarang. 

Akhir sekali, perkara yang paling penting untuk mendapatkan idea ialah usaha, tanpa usaha tidak ada satu perkara pun dapat dicapai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan